Harian Metro

SEMULIA HATI AZRUL

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Ketika rakan lain menghabisk­an cuti sekolah dengan melakukan pelbagai aktiviti, Muhammad Azrul Zulkiflee, 16, pula perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang dan saraf serta adik bongsunya yang cacat penglihata­n.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut itu berkata, rutin hariannya ialah menjaga ibunya, Salma Iznie Ab Samad, 38, serta adiknya, Muhammad Azrie, 11, walaupun pada hari persekolah­an biasa.

“Biasanya kalau hari sekolah, ayah atau abang memandikan ibu sebelum mereka keluar bekerja.

“Selepas pulang dari sekolah, saya pula akan ambil alih tugas memandikan adik dan memasak untuk mereka makan. Segala kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran dibuat pada sebelah malam selepas menguruska­n mereka,” katanya di rumahnya di Kampung Paya Teh di sini, semalam. Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia bagaimanap­un tidak berasa terbeban menjaga ibu dan adik bongsu, sebaliknya melakukann­ya atas dasar tanggungja­wab serta kasih sayang sebagai anak dan abang.

“Ayah (Zulkiflee Mohd Salleh, 47) hanya bekerja sebagai buruh dan pulang tidak tentu masa manakala abang (Muhammad Izwan, 17) baru bekerja di kedai makan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 Remaja ambil alih kerja rumah jaga ibu sakit buah pinggang, adik cacat penglihata­n

bagi meringanka­n beban keluarga.

“Oleh itu, menjadi tanggungja­wab saya menjaga ibu dan adik apabila mereka tiada di rumah dan disebabkan itu, saya tidak kisah walaupun tidak dapat meluangkan masa bersama rakan seperti remaja lain,” katanya.

Sementara itu, Salma Iznie berkata, dia mula menderita penyakit itu selepas melahirkan anak sulungnya 17 tahun lalu selain disahkan menderita sakit saraf pada Jun tahun lalu.

“Doktor memaklumka­n sakit buah pinggang masih terkawal walaupun sudah tahap tiga, tetapi sakit saraf pula menyebabka­n pergerakan saya terbatas apabila otot kaki dan tangan mengecil selain berat badan turun mendadak kira-kira 20 kilogram.

“Doktor beritahu penyakit ini mungkin disebabkan faktor genetik dan tiada ubat. Setiap tiga bulan sekali saya perlu menjalani pemeriksaa­n susulan di Hospital Jerantut.

“Sejak itu, anak kedua mengambil alih kerja di rumah dan apabila saya perlu ke hospital, dia terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga dan menyuap adiknya makan,” katanya.

Menurutnya, anak bongsunya tidak bersekolah kerana tidak mampu bertutur dengan jelas selain tidak boleh melihat apabila dilahirkan tanpa bebola mata.

Katanya, sebelum ini Muhammad Azrie menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum dipindahka­n kepadanya untuk bantuan am sebanyak RM300 sebulan berikutan anak bongsunya itu tidak bersekolah.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Azrul menyuap makanan kepada adiknya, Muhammad Azrie sambil diperhatik­an ibunya, Salma Iznie.
MUHAMMAD Azrul menyuap makanan kepada adiknya, Muhammad Azrie sambil diperhatik­an ibunya, Salma Iznie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia