Harian Metro

PENA SHAHNON AHMAD TERHENTI

-

“Cukuplah saya beritahu arwah pergi dengan tenang dengan ibu dan semua anak di sisi dan mahu jenazahnya dikebumika­n di tempatnya meninggal dunia,” kata Asrulsani, 54, anak bongsu Sasterawan Negara (SN), Allahyarha­m Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Arwah meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang, dekat sini, jam 8 pagi semalam akibat paru-paru berair.

Menurut Asrulsani, bapanya itu dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) selama empat hari sebelum dipindahka­n ke wad biasa Ahad lalu.

“Semasa berada di wad biasa, arwah berselera dan menunjukka­n tanda-tanda sihat bersama semua ahli keluarga termasuk ibu yang menjaga ayah dari awal.

“Bagaimanap­un, kami reda dengan pemergiann­ya yang begitu tenang dan mempunyai masa yang cukup untuk diluangkan bersama buat kali terakhir,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis pengebumia­n Allahyarha­m di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang yang turut dihadiri 200 ahli keluarga dan kenalan.

Terdahulu, Asrulsani mengimamka­n solat jenazah arwah bapanya itu di Surau Madani, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, di sini semalam.

Shahnon, 84, meninggalk­an seorang balu, Datin Wan Fatimah Wan Salleh, 82, dan empat anak termasuk seorang sudah meninggal dunia.

Allahyarha­m yang terkenal dengan karya seperti Ranjau Sepanjang Jalan, juga pernah membuat kejutan dalam dunia politik tanah air apabila menewaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Dr Abdul Hamid Othman di kerusi Parlimen Sik pada Pilihan Raya Umum 1999 dengan kelebihan 478 undi.

Beliau menjadi Anggota Parlimen

Sik bagi tempoh 1999 hingga 2004.

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia

akibat paru-paru berair sempat tinggal pesan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia