Harian Metro

LAPAN BULAN DI NERAKA

 Remaja dijadikan hamba seks, didera sepanjang 8 bulan bekerja sebagai tukang urut

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

> Seorang remaja perempuan 13 tahun yang dihantar oleh ibunya bekerja sebagai tukang urut akibat kemiskinan keluarga menempuh lapan bulan penuh dengan seksaan apabila dia bukan sahaja didera, tetapi juga diperkosa beberapa pelanggann­ya.

Penderitaa­n remaja berkenaan hanya terbongkar apabila jirannya bertindak menyelamat­kannya, lapor Nurul Hidayah Bahaudin

Kemiskinan keluarga ditambah pula bapa meringkuk di penjara menyebabka­n seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dihantar ibunya untuk bekerja dan tinggal di sebuah pusat rawatan kesihatan di Semenyih.

Harapan keluargany­a hanya satu, supaya anak kedua daripada lapan beradik itu dapat membantu kewangan keluarga, tetapi derita yang melanda apabila dia dijadikan hamba seks dan didera sepanjang lapan bulan bekerja di situ.

Penderitaa­n mangsa yang tidak bersekolah itu amat getir kerana mendakwa sudah diperkosa beberapa pelanggan dalam tempoh berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut didera dengan ditekap senduk besi panas pada tangan, badan dan mulut oleh wanita yang juga penjaga pusat rawatan itu.

Ini kerana mangsa dilihat berbual dengan jiran wanita pada 18 Disember lalu lantas penjaga pusat rawatan itu mengesyaki dia mengadu dan mahu mendedahka­n kisah hitamnya.

Namun penderitaa­n mangsa berakhir apabila jiran berkenaan mendapatka­n khidmat urutan remaja itu dengan memanggiln­ya ke rumah dan terlihat kesan lecur di tangan mangsa sebelum melaporkan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa juga mendakwa ditumbuk dan dicekik penjaga pusat rawatan itu.

“Polis menerima laporan daripada NGO berkenaan dan terus ke rumah wanita itu di Semenyih kerana mangsa enggan pulang ke pusat rawatan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, remaja itu mendakwa kegiatan berkenaan berlarutan sejak Mei lalu, sebulan selepas dihantar keluarga untuk bekerja dan tinggal di pusat berkenaan.

“Kesan melecur teruk itu jelas kelihatan dan menyedihka­n,” katanya yang menunjukka­n beberapa keping gambar kecederaan yang dialami mangsa.

Menurutnya, mangsa kini ditempatka­n di Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Suspek pula ditahan di IPD Kajang jam 5 petang, kelmarin ketika memberi keterangan.

“Reman terhadap suspek akan diambil hari ini, (semalam) manakala keterangan pemilik pusat jagaan terbabit akan diambil sebaik saja keadaan kesihatan wanita berusia 54 tahun itu stabil memandangk­an dia masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana komplikasi jantung,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Dzaffir (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n gambar kesan penderaan dialami seorang remaja perempuan yang dihantar ibunya untuk bekerja dan tinggal di sebuah pusat rawatan kesihatan di Semenyih.
AHMAD Dzaffir (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n gambar kesan penderaan dialami seorang remaja perempuan yang dihantar ibunya untuk bekerja dan tinggal di sebuah pusat rawatan kesihatan di Semenyih.
 ??  ?? KESAN melecur pada tangan mangsa.
KESAN melecur pada tangan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia