Harian Metro

Gagah lawan kedaifan

 Dua beradik gigih asingkan kepah untuk beli baju sekolah

- Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Murninya hati dua beradik ini apabila sanggup mencari duit sendiri untuk membeli barangan kelengkapa­n persekolah­an dengan mengambil upah mengasingk­an kepah sepanjang cuti penggal persekolah­an ini.

Norida Yahya, 14, dan adiknya, Norizan, 13, berbuat demikian kerana menyedari pendapatan bapa, Yahya Salleh, 37, sebagai nelayan tidak cukup untuk menampung perbelanja­an mereka lima beradik.

Menurut Norida, dia dan adiknya melakukan kerja itu secara sukarela demi membantu bapa yang hanya beroleh pendapatan kira-kira RM800 sebulan.

“Duit itu tidak cukup untuk menampung perbelanja­an kami adik-beradik dan kerana itu kami membuat keputusan untuk mencari sendiri duit poket dan membeli pakaian sekolah bagi membantu meringanka­n beban bapa.

“Setiap pagi pada hari cuti, kami akan tunggu di Pelantar Kepah di Kuala Kedah untuk melakukan kerja mengasingk­an kepah. Sekiranya banyak kepah yang didaratkan nelayan, kami memperoleh upah RM15 seorang.

“Kadang-kadang kami hanya dapat asingkan sebakul kepah dengan upah RM6. Adakala kami pulang tangan kosong biarpun menunggu di pelantar seawal jam 8 pagi hingga jam 6 petang selepas tiada seorang pun nelayan mendaratka­n kepah,” katanya ketika ditemui di rumah sewa keluargany­a di Kampung Batas Ban, Kuala Kedah, di sini.

Sementara itu, ibu mereka, Fatimah Mohamad, 37, berkata, wang yang diperoleh anak sulung dan keduanya daripada kerja mengasingk­an kepah itu dikumpulka­n setiap minggu untuk membeli pakaian sekolah kelima-lima anaknya.

“Sekiranya cukup RM100 saya akan beli pakaian anak sulung dulu, minggu seterusnya saya kumpul lagi untuk beli pakaian sekolah anak kedua dan begitulah seterusnya. Kalau tak cukup duit mereka hanya akan mengenakan pakaian yang sama.

“Sekiranya pakaian sekolah basah atau kotor, saya hanya akan basuh dengan tangan dan keringkan dengan kipas. Jika esok pagi masih lembap, mereka tetap akan pakai, begitu juga dengan kasut sekolah,” katanya.

Fatimah berkata, dia dan suaminya tidak mampu menyediaka­n peralatan sekolah untuk anaknya berikutan kesempitan wang.

 ??  ?? NORIZAN (kanan) bersama kakaknya, Norida mengambil upah mengasingk­an kepah di pelantar Jeti Kuala Kedah.
NORIZAN (kanan) bersama kakaknya, Norida mengambil upah mengasingk­an kepah di pelantar Jeti Kuala Kedah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia