Harian Metro

AKIBAT PUKUL IBU

Penganggur berhadapan dua tuduhan mahkamah mengaku tidak bersalah

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Disebabkan terlalu mengikut perasaan marah sehingga sanggup memukul ibu kandungnya sendiri membawa padah apabila seorang penganggur berhadapan dua tuduhan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh Halim Jeri, 48, didakwa atas dua pertuduhan iaitu menakutkan secara jenayah dan menyebabka­n kecederaan ke atas ibu kandungnya pada Isnin lalu.

Bagaimanap­un, Halim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Bagi pertuduhan pertama, Halim didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Kutom

Jali,67, di rumah No 14, Simpang 3 Ulu Dedap, Kampung Gajah pada jam 10.45 pagi hingga 11 pagi, Isnin lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas ibu kandungnya itu yang dilakukan pada masa dan lokasi yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) R Yuvaraj.

Nur Farhana memohon mahkamah tidak membenarka­n jaminan berikutan mangsa adalah ibunya dan berkemungk­inan tertuduh mengganggu semula mangsa.

Bagaimanap­un, Yuvaraj memohon mahkamah mempertimb­angkan masalah kesihatan dialami tertuduh iaitu penyakit gout dan kencing manis.

Mohd

Fitri kemudianny­a membenarka­n tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa secara sendiri atau ejen manakala kes akan disebut semula 16 Januari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek sebelum ini tinggal bersama mangsa namun selepas berkahwin lelaki itu dikatakan berubah perangai sebelum mangsa menghalaun­ya keluar dari rumah. Mohamad Zainal berkata, selain menumbuk mangsa, suspek turut mengambil parang dan mengugut dengan mengatakan ‘nyawa kome aku ambil, ingat!’ sebelum beredar dari rumah dan ditahan jam 6.30 petang, Isnin lalu di Jejawi.

 ??  ?? HALIM didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah atas dua pertuduhan iaitu menakutkan secara jenayah dan menyebabka­n kecederaan ke atas ibu kandungnya, Isnin lalu.
HALIM didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah atas dua pertuduhan iaitu menakutkan secara jenayah dan menyebabka­n kecederaan ke atas ibu kandungnya, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia