Harian Metro

Belasah jaga sampai mati

-

Pengurus kawalan keselamata­n sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pengawal keselamata­n, dua minggu lalu.

Tertuduh, S Muthusamy, 53, faham akan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapny­a, bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabka­n kematian Ramli Jusoh, 54, di sebuah kilang di Jalan Timah, Kawasan Perindustr­ian Pasir Gudang di sini, antara jam 9 malam dan jam 10 malam, 16 Disember lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Februari 2018 untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan tiada jaminan dibenarkan.

Kelmarin, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, mayat seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di pondok pengawal keselamata­n yang tidak beroperasi itu.

Katanya, terdapat kesan lebam di bahagian muka dan belakang badan mangsa dan bedah siasat mengesahka­n mangsa maut akibat kesan objek tumpul di bahagian hadapan badannya.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa mencuri barang kilang terbabit.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke mahkamah untuk dikenakan pertuduhan.
TERTUDUH dibawa ke mahkamah untuk dikenakan pertuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia