Harian Metro

Bapa rosak anak sendiri

-

Bagai haruan makan anak, itu perbuatan jelik seorang bapa apabila tergamak memperkosa anak perempuann­ya di rumah mereka di Kampung Baru Kura di sini, minggu lalu.

Malah, lelaki berusia 48 tahun itu turut mengugut mangsa supaya tidak menceritak­an kejadian itu kepada sesiapa.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superinten­dan Abdull Razak Osman berkata, berdasarka­n laporan, suspek sebelum ini didakwa melakukan perbuatan itu beberapa kali ke atas mangsa dan kejadian terbaru jam 10 malam pada 20 Disember lalu.

Menurutnya, dalam kejadian itu, suspek masuk ke dalam bilik tidur anaknya dan terus duduk di atas kaki mangsa menyebabka­n kanak-kanak terbabit terkejut.

“Suspek terus membuka baju mangsa untuk merogolnya menyebabka­n mangsa melawan namun tidak berdaya dan terus diperkosa.

“Sebelum ini, suspek turut melakukan perbuatan sama beberapa kali dan mengugut tidak menceritak­an kejadian ini kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdull Razak berkata, mangsa yang tidak tahan kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jeniang untuk tindakan selanjutny­a sebelum suspek ditahan.

“Siasatan awal suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan hasil pemeriksaa­n di hospital juga mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

“Suspek sebelum ini sudah direman seminggu sebelum menyambung remannya seminggu lagi bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B, Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK direman seminggu lagi.
SUSPEK direman seminggu lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia