Harian Metro

‘Doa yang terbaik buat Ahya’

-

Kuala Lumpur: Pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz berharap namanya tidak dikaitkan dengan pelakon Ahya Rosli kononnya mereka menjalin hubungan istimewa.

Zulin ketika dihubungi berkata, keakraban dan pendedahan penerbit Datuk A Aida mengenai hubunganny­a dengan Ahya membuktika­n dia dan pelakon itu hanya sekadar kawan.

“Saya doakan yang terbaik buat sahabat saya, Ahya. Saya lihat Ahya dan

Aida secocok. Barang kali ketika mengerjaka­n umrah baru-baru ini, mereka mendapat petunjuk dan hidayah. Lagipun jodoh pertemuan semuanya ditentukan

Allah SWT.

“Kita doakan yang baik-baik. Aida juga baik dengan keluarga Ahya terutama ibunya yang juga pelakon Normah Damanhuri.

“Siapa pun pilihan Ahya pasti dia mempunyai alasan tersendiri,” katanya.

“Kami masih dalam fasa berkawan. Kalau ada jodoh, adalah,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 47, mengenai gosip mengatakan dia bercinta dengan model dan pelakon, Ahya Rosli, 30.

Menguatkan lagi spekulasi itu apabila Ahya yang juga anak kepada pelakon, Normah Damanhuri turut serta ketika Aida menunaikan ibadah umrah, bulan lalu.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dia dan Ahya mula rapat ketika berjumpa pada majlis tayangan filem Malay Regiment, Ogos lalu.

“Saya menyerahka­n perkara ini kepada Allah SWT. Saya tidak boleh mengiyakan atau menidakkan. Segala-galanya ketentuan dan takdir.

“Cuma, buat masa sekarang saya dengan

Ayha kawan.

 ??  ?? ZULIN
ZULIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia