Harian Metro

Anne sedia bantu Iqram Dinzly

-

Kuala Lumpur: Pelakon Datin Anne Ngasri bersedia untuk berjumpa dan membantu pelakon, Iqram Dinzly yang dikatakan berkelakua­n pelik sejak kebelakang­an ini.

Anne yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang berkata, dia sedih melihat video yang tular di media sosial membabitka­n pelakon itu.

“Kami pelakon drama Dunia Baru ada grup WhatsApp. Setiap hari kami berkomunik­asi dan berkongsi apa saja. Dalam grup, dia okay saja dan tidak merepek.

“Saya sedih dan terkejut apabila kali pertama melihat video berkenaan. Saya terus bertanya keadaan dirinya yang sebenar, tetapi dia kata dia okay.

“Mungkin dia tak nak cerita masalah dihadapi. Sebab itu, saya nak berjumpa dengannya. Bagi saya ia lebih senang dan dia pun tak keberatan untuk berjumpa,” katanya.

Menurut Anne, kali terakhir dia berjumpa Iqram yang disapa Abang Iq itu pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, mereka tidak sempat berbual panjang kerana kekangan waktu dan komitmen kepada program itu.

“Tahun lepas kami ada jumpa dan dia nampak okay seperti orang normal. Tidak ada apa yang pelik pun. Cuma, dia menunjukka­n perubahan ke arah kebaikan berbanding sebelumnya.

“Dia sering memberi nasihat dalam soal agama. Sebagai kawan, saya gembira dengan caranya itu,” katanya.

Anne berkata, Elyana dan Anita Baharom yang juga pelakon drama Dunia Baru ada berjumpa Iqram di Langkawi ketika dia menetap di sana, sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia