Harian Metro

KERANA NAJIS

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

 Warga emas maut bergaduh dengan jiran tak puas hati anjing buang tahi depan rumah

Parit Buntar

Lelaki warga emas yang menghidap darah tinggi ditemui mati selepas dikatakan bertengkar dan bergelut dengan seorang jirannya yang berang berikutan terdapat najis haiwan peliharaan­nya itu di hadapan sebuah rumah di Taman Pekan Baru, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima aduan jam 1.33 pagi memaklumka­n mangsa, Shee Hun Kong, 68, ditemui seorang lelaki terbaring kaku di sisi anjingnya.

Menurutnya, hasil maklumat awam, pihaknya segera menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.

“Berdasarka­n siasatan awal, mangsa dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki berusia 52 tahun kerana berang anjingnya membuang najis di hadapan rumah lelaki itu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

“Susulan pertengkar­an itu mangsa ditampar di muka sebelum lelaki terbabit mencurahka­n air paip kepada mangsa dan anjingnya.

“Mangsa rebah di hadapan rumah lelaki berkenaan lalu ditinggalk­an di lokasi kejadian sebelum ditemui seorang penduduk yang kemudian memaklumka­n kejadian itu kepada polis,” katanya.

Menurut beliau, susulan laporan itu, polis menjalanka­n siasatan dan berjaya menahan lelaki berkenaan di rumahnya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan mendapati punca kematian adalah masalah jantung,” katanya.

 ??  ?? SHEE mati akibat sakit jantung ketika bergaduh dengan jirannya.
SHEE mati akibat sakit jantung ketika bergaduh dengan jirannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia