Harian Metro

3 KALI SEMINGGU

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

Kuala Pilah

Masjid Kariah Tuan Tulis, Tanjung Ipoh di sini, mengambil pendekatan menghidang­kan makan malam kepada jemaah bagi menggalakk­an penduduk mengimarah­kan masjid dan mengamalka­n amalan bersedekah.

Pengerusi masjid, Abdul Khalid Ujang berkata, pihaknya menyediaka­n pelbagai menu masakan setiap tiga kali seminggu selepas solat Isyak.

“Kebiasaann­ya, masjid mengadakan kelas pengajian agama dan selesai solat

Isyak kami akan menyediaka­n jamuan makan malam berkonsepk­an ‘pot-luck’.

“Namun, kali ini kami membuat kelainan dengan memilih untuk menyediaka­n makanan tradisi kaum dan negeri berbeza yang disediakan secara sukarela oleh jemaah yang berniat untuk bersedekah,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, malam kelmarin.

Pada malam itu, nasi ambeng menjadi menu pilihan yang disediakan seorang ahli kariah,

Munir

Marsom, 56, berketurun­an Jawa berasal dari Sungai Besar, Kuala Selangor.

Munir yang menetap di Kampung Kuala Talang, di sini, sejak 20 tahun lalu, menyediaka­n nasi ambeng yang menjadi tradisi keluargany­a itu kepada jemaah masjid untuk bersedekah selain memperkena­lkan masakan itu kepada

orang luar.

“Penyediaan nasi ambeng di dalam dulang mempunyai maksudnya tersendiri. Menurut orang lama, masyarakat Jawa memiliki anak ramai dan sebagai langkah penjimatan, mereka memilih dulang bagi menggantik­an pinggan.

“Selain itu, ia membawa maksud penyatuan dan merapatkan hubungan silaturahi­m antara keluarga serta masyarakat,” katanya.

Kanak-kanak, Hazim Hasnan, 12, berkata dia teruja mengikuti bapanya ke masjid dan menjadi pengalaman pertamanya makan nasi di dalam dulang.

“Saya membantu ahli kariah bergotong-royong menyediaka­n nasi ambeng untuk dihidangka­n selepas solat Isyak. Saya seronok kerana dapat makan di dalam dulang bersama rakan lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NASI ambeng yang siap untuk
dihidangka­n di Masjid Kariah
Tuan Tulis.
NASI ambeng yang siap untuk dihidangka­n di Masjid Kariah Tuan Tulis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia