Harian Metro

Terimalah marah isteri

-

 Umat Islam wajar cotohi sikap Khalifah Umar bin Khattab

Dia juga yang memberi sokongan moral dan memberi keyakinan ketika orang di sekeliling memperleke­hkan usahanya itu.

Orang lain hanya hadir dalam hidup setelah segala-galanya sempurna iaitu memiliki kereta, rumah, pangkat dan sebagainya.

Pengorbana­n lebih besar yang isteri lakukan sudah pasti mengandung­kan anak-anak dengan penuh kepayahan.

Isteri juga sanggup bersengkan­g mata berjaga malam menjaga anakanak sedangkan pada keesokan harinya, mereka sama-sama keluar bekerja.

Suami tidak cukup tidur satu malam pun sudah pening kepala, bandingkan pula dengan isteri yang hampir setiap malam tidak cukup tidur.

Terdapat satu kisah berkenaan seseorang lelaki menemui Umar bin Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya.

Sampai ke rumah yang dituju, orang itu menanti Umar RA di depan pintu. Pada ketika itu, dia mendengar isteri Umar berleter sementara Umar hanya berdiam diri saja tanpa membalasny­a.

Orang itu melangkah pulang sambil di hatinya berfikir, “Kalau keadaan amirul mukminin saja begitu, bagaimana halnya dengan diriku.”

Kebetulan pada ketika itu Umar keluar. Ketika melihat orang itu hendak pulang Umar memanggiln­ya dan bertanya: “Ada keperluan penting?”

Dia menjawab: “Amirul mukminin, kedatangan­ku ini sebenarnya hendak mengadukan isteriku kerana dia sering memarahi-ku. Tetapi apabila aku mendengar isterimu melakukan perbuatan sama, maka aku ingin pulang saja.”

Dalam hati aku berkata: “Kalau keadaan amirul mukminin pun diperlakuk­an isterinya seperti itu, bagaimana halnya dengan diriku.”

Umar berkata kepadanya: “Saudara, sesungguhn­ya aku rela menanggung tindakan seperti itu daripada isteriku kerana adanya beberapa hal yang ada pada dirinya.

“Isteriku tukang masak makananku, dia selalu membuatkan roti untukku, dia selalu mencuci pakaianku, dia menyusukan anak-anakku, padahal semua itu bukan kewajipann­ya. Aku cukup tenteram tidak melakukan perkara haram lantaran layanan isteriku. Kerana itu aku menerimany­a sekalipun dimarahi.”

Lelaki itu berkata: “Amirul mukminin, demikian juga terhadap isteriku?” Jawab Umar, “Ya, terimalah marahnya kerana yang dilakukan isterimu tidak akan lama, hanya sebentar saja.”

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia