Harian Metro

Tingkat di syurga sebanyak ayat al-Quran

-

Saya ingin bertanya berkaitan syurga? Benarkah syurga itu bertingkat-tingkat kerana setiap manusia kedudukann­ya tidak sama di sisi Allah SWT? Ada yang banyak beramal dan begitu juga sebaliknya. Mohon penjelasan daripada ustaz.

Sulaiman, Johor

Benar, hal itu berdasarka­n riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di syurga terdapat seratus tingkat yang setiap tingkatnya berjarak seratus tahun perjalanan.”

Abu Sa’id al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan dikatakan kepada seorang hafiz al-Quran ketika akan memasuki syurga, “Bacalah dan naiklah!” Lalu dia membaca al-Quran dan naik satu tingkat setiap selesai membaca satu ayat. Demikianla­h seterusnya hingga dia membaca ayat terakhir yang ia hafal.”

Berdasarka­n hadis itu, jumlah tingkatan syurga adalah sebanyak bilangan ayat-ayat al-Quran. Dalam riwayat lain, Aisyah RA berkata: “Sesungguhn­ya jumlah tingkat syurga adalah sejumlah bilangan ayat-ayat al-Quran. Maka siapa yang masuk syurga daripada penghafal al-Quran, nescaya tidak ada orang yang melebihi (tingkatnya) di syurga.” (Riwayat Ahmad)

Menurut Ibnu Hajar, kalimah “...seratus tingkat…” itu tidak memberi makna jumlah keseluruha­n syurga.

Menurutnya, tingkattin­gkat atau darjat yang dimaksudka­n dalam hadis itu membawa dua makna.

Pertama, jarak antara satu tingkat ke tingkat berikutnya sama dengan jarak perjalanan 100 tahun atau sama dengan jarak antara langit dan bumi.

Kedua, pengertian maknawi iaitu tingginya kedudukan seseorang pada pandangan Allah SWT.

Jarak antara satu tingkat syurga dengan tingkat berikutnya sangat jauh. Dalam hadis riwayat Ahmad, daripada Abu Sa’id al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya penghuni tingkat-tingkat syurga tertinggi itu dilihat oleh penghuni tingkat syurga di bawahnya bagaikan bintang-bintang yang bertebaran di ufuk langit…”

Kenikmatan yang akan diperoleh penghuni satu tingkat dengan tingkat syurga lain tidak sama. Setiap tingkat memiliki kenikmatan tertentu yang tidak terdapat pada tingkat di bawahnya.

Bermakna, semakin tinggi tingkat seseorang di syurga, semakin banyak kenikmatan yang diperolehn­ya.

Ada hadis yang menyebut, serendahre­ndah kedudukan penghuni syurga adalah mereka yang mempunyai isteri dua orang bidadari.

Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya penghuni syurga yang paling rendah kedudukann­ya adalah seorang yang wajahnya dipalingka­n dari neraka ke arah syurga dan diberi Allah sepohon pokok yang sangat rendang daunnya, lalu ia berkata, “Allah memberiku sebatang pohon tempatku berlindung ini…(dan seterusnya).”

Disebutkan pada ayat berikutnya, “Lalu Allah mengingatk­annya, “Mintalah ini dan itu!”

Dan ketika keinginann­ya habis, Allah berkata: “Itu semua untukmu selain sepuluh kali ganda lagi seumpamany­a.”

Kemudian Rasulullah melanjutka­n sabdanya: “Lalu ia memasuki rumahnya (di syurga itu). Dan menyusul kemudian dua orang isterinya daripada bidadari syurga seraya berkata: “Segala puji bagi Allah yang menghidupk­anmu untuk kami dan yang menghidupk­an kami untukmu.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Maka orang itu berkata, “Tidak ada seorang pun yang menerima pemberian sepertiku ini.” (Riwayat Muslim)

Penulis ialah pendakwah

 ??  ?? TEMPAT yang cantik di alam fana ini dikatakan syurga dunia.
TEMPAT yang cantik di alam fana ini dikatakan syurga dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia