Harian Metro

Mat gian bakar kitab

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Penganggur positif dadah ditahan bengang tak dapat curi duit surau

Seorang lelaki berusia 34 tahun yang pernah melakukan kerja pembersiha­n di Surau Al-Hidayah, Taman Universiti, Skudai di sini, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk dan membakar buku agama dalam kejadian di surau berkenaan pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superinten­dan Beh Eng Lai, berkata, suspek ditahan anggota Ops Cegah Jenayah Balai Polis Taman Universiti, pada jam 2 petang kelmarin.

Katanya, semakan mendapati suspek yang juga penganggur mempunyai enam rekod lampau masing-masing tiga kes dadah dan tiga kes jenayah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif methamphet­amine.

“Belum ada pengakuan daripada suspek dan suspek didapati pernah ke surau untuk kerja pembersiha­n,” katanya.

Katanya, suspek juga mempunyai rekod rawatan di Hospital Permai Johor dan direman empat hari sehingga 31 Disember ini.

Terdahulu beliau mengulas kejadian pecah masuk Surau Al-Hidayah di Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai, Johor, yang mengejutka­n jemaah dan pihak pengurusan surau berikutan sejumlah buku agama diselerakk­an di atas lantai selain dibakar.

Pengerusin­ya, Hassan Sabudin berkata, kejadian pecah masuk surau itu bukan pertama kali berlaku.

Namun tindakan kali ini dianggap melampau dan serius berikutan tidak menghormat­i buku agama.

Beh dalam kenyataan juga mempercaya­i suspek yang memecah masuk Surau Al-Hidayah, Taman Universiti, Skudai membakar buku agama hanya kerana berang tidak dapat mencuri duit tabung surau itu yang disimpan dalam peti besi.

Beliau berkata, kipas dilaporkan hilang dengan anggaran kerugian RM50 malah pemeriksaa­n di surau berkenaan mendapati tiada kesan umpil pada mana-mana bahagian masuk ke dalam surau namun pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan umpil pada tabung surau serta ada kerosakan rak dan peralatan stor surau akibat diselongka­r.

Berikutan itu siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia