Harian Metro

Berbasikal cegah jenayah

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Polis Pulau Pinang melancarka­n penggunaan basikal elektrik (E-Basikal) untuk rondaan cegah jenayah di lokasi tumpuan orang ramai, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, penggunaan basikal elektrik ketika rondaan dapat mewujudkan kehadiran polis di tempat awam serta menarik perhatian orang ramai.

Menurutnya, ia juga memudahkan anggota polis berinterak­si dengan orang awam ketika rondaan selain melaksanak­an konsep

“Selain itu, penggunaan basikal ini juga dapat membudayak­an gaya hidup sihat kerana ia dikendalik­an dengan cara kayuhan dan kuasa elektrik.

“Kontinjen Pulau Pinang menjadi negeri pertama menggunaka­n basikal elektrik ini untuk menjalanka­n rondaan cegah jenayah,” katanya yang ditemui ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Basikal Elektrik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, semalam.

Pada majlis itu, tujuh basikal elektrik disumbangk­an tiga syarikat swasta.

Basikal elektrik buatan China terbabit berharga RM3, 680 dan boleh dicaj semula menggunaka­n kuasa elektrik dengan jarak perjalanan mencecah sehingga 50 kilometer (km) dan kelajuan 25km sejam.

Tiga basikal akan diberikan kepada Unit Polis Pelancong, dua kepada Balai Polis Batu Feringghi dan dua lagi diserahkan kepada Balai Polis Queensbay.

Menurut Chuah, pihaknya akan membuat kajian menyeluruh mengenai kesesuaian dan juga mengambil kira pandangan orang ramai terhadap penggunaan basikal elektrik terbabit dalam rondaan cegah jenayah.

“Kita menjadi perintis dalam penggunaan basikal elektrik ini dan jika ada impak positif ia akan diusulkan kepada Bukit Aman untuk mengguna basikal ini di semua kontinjen,” katanya.

 Polis bersepeda elektrik dekati komuniti

 ??  ??
 ??  ?? CHUAH (dua dari kiri) bersama basikal elektrik yang diterima polis Pulau Pinang.
CHUAH (dua dari kiri) bersama basikal elektrik yang diterima polis Pulau Pinang.
 ??  ?? ANGGOTA polis melaksanak­an Stop & Talk ketika rondaan.
ANGGOTA polis melaksanak­an Stop & Talk ketika rondaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia