Harian Metro

Ekstradisi ke Malaysia

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 PDRM kemuka permohonan kepada pihak berkuasa Pakistan bawa balik rakyat kita cuba seludup senjata

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemukak­an permohonan ekstradisi kepada pihak berkuasa Pakistan untuk membawa balik rakyat Malaysia yang ditahan kerana cuba menyeludup senjata di negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu diambil bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa Malaysia. Beliau berkata, proses permohonan itu akan dilaksanak­an secepat mungkin supaya siasatan dapat dijalankan segera.

Menurutnya, PDRM sudah mendapatka­n maklumat terperinci mengenai penahanan lelaki terbabit menerusi kerjasama dengan Polis Antarabang­sa (INTERPOL).

“Menerusi Bantuan Perundanga­n Bersama (MLA), kita akan mohon lelaki yang ditahan itu untuk diekstradi­si ke Malaysia dan kerajaan tidak akan berkomprom­i dengan individu terbabit.

“Ini bagi membolehka­n siasatan dari aspek perundanga­n dan keselamata­n dapat dijalankan di negara ini,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja ke Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Tebedu di sini, semalam.

Jumaat lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun berasal dari negeri ini ditahan pihak berkuasa lapangan terbang di Pakistan kerana cuba menyeludup keluar empat pistol, lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyi­kan dalam bagasi dan tapak kasutnya.

Portal berita tempatan Pakistan The Express Tribune melaporkan lelaki terbabit menggunaka­n pesawat Thai Airways TG 342 penerbanga­n ke Bangkok, Thailand, sebelum ditahan di lapangan terbang ketika pemeriksaa­n dilakukan pihak berkuasa lapangan terbang.

Lelaki terbabit disiasat jika mempunyai kaitan dengan kumpulan Daish.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia