Harian Metro

Tetak rakan guna pedang dakwa bocor rahsia

-

Perselisih­an faham dipercayai punca seorang lelaki menetak rakannya menggunaka­n pedang di Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Jumaat minggu lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa berusia 36 tahun parah di tangan apabila ditetak selain dipukul dengan batang besi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, kejadian bermula ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai urusan di bank sebelum didatangi suspek dan dipukul.

Menurutnya, pergaduhan itu dileraikan orang awam, tetapi suspek yang tidak berpuas hati mencari mangsa di rumah sebelum menyerang mangsa menggunaka­n pedang.

“Suspek dipercayai bertindak demikian akibat salah faham apabila suspek mendakwa mangsa melaporkan perbuatan jenayahnya kepada polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)

Terengganu di sini, semalam.

Katanya, akibat kejadian itu menyebabka­n mangsa menerima 18 jahitan di tangan kiri dan tiga jahitan di kepala selain cedera di badan.

“Kita mengenal pasti identiti suspek dikenali sebagai Alliman Hanafi,25, dari Padang Nenas, Kuala Nerus dan usaha memburunya giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i mana-mana balai polis berhampira­n.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n senjata atau benda berbahaya,” katanya.

 ??  ?? FAZLISYAM menunjukka­n senarai penjenayah yang dikehendak­i polis, semalam.
FAZLISYAM menunjukka­n senarai penjenayah yang dikehendak­i polis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia