Harian Metro

‘Aku Memang Polis’

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

 Rakaman klip video lagu anggota PDRM tular di media sosial

Klip video Aku Memang Polis yang menampilka­n beberapa pegawai kanan polis sebagai penyanyi lagu berkenaan melakar sejarah tersendiri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor.

Sejak disiarkan malam kelmarin, video berdurasi tiga minit 36 saat itu tular malah YouTube merekodkan 1,319 tontonan sehingga petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat antara yang menyanyika­n lagu berkenaan bersama ketua jabatan lain.

Fadzil berkata, video berkenaan dirakam minggu lalu di Studio Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ia julung kali ditayangka­n pada Pentas Akhir Selangor Cops Got Talent 2017 (SCGT 2017) di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor Selasa lalu.

Beliau berkata, lagu berkenaan bertujuan menyampaik­an nasihat kepada anggota dan pegawai polis supaya terus menabur khidmat dengan penuh komitmen.

“Video itu dihasilkan minggu lalu apabila liriknya diubah menerusi lagu asal Aku Budak Kampung nyanyian Ramsa.

“Lirik lagu ini mudah namun konsepnya mengambil sedikit masa,” katanya yang juga penulis lirik lagu berkenaan.

Fadzil berkata, walaupun liriknya ringkas dengan muzik ringan namun maknanya sangat mendalam bagi pegawai dan anggota dalam menjalanka­n tugas kepada masyarakat.

Menurutnya, antara mesej disampaika­n menerusi lagu itu ialah peranan anggota polis sebenar yang berkhidmat demi negara tanpa mengira masa.

Lagu itu turut mengingatk­an warga polis perlu komited dalam menjalanka­n tugas dan perlu menjauhkan diri daripada perkara negatif yang boleh merosakkan nama pasukan.

Fadzil berkata, pendekatan cara itu dilihat lebih santai dalam menyampaik­an mesej berkenaan secara berkesan kepada warga polis.

 ??  ??
 ??  ?? KLIP video yang menampilka­n beberapa pegawai kanan polis menyanyi tular di media sosial.
KLIP video yang menampilka­n beberapa pegawai kanan polis menyanyi tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia