Harian Metro

Lelaki pecah amanah duit majikan RM33,500

-

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat pertuduhan pecah amanah wang tunai milik majikannya berjumlah RM33,500 dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Nor Azlan Ali, 44, dari Jalan Masjid Lama, Mukim Kuah, Langkawi mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan dan diterangka­n pertuduhan itu oleh jurubahasa dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen 4 dan 5.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di Surya Resources Sdn Bhd Cawangan Langkawi, No 10, Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, Langkawi pada tarikh berbeza.

Semua kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 408, Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan sebatan serta denda.

Pada prosiding di hadapan Hakim Najwa Che Mat, tertuduh sebagai jurujual syarikat itu yang diamanahka­n dengan semua wang kutipan didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitka­n wang kutipan RM22,000.

Kesalahan itu dilakukan pada 9 Mac 2015 membabitka­n wang RM9,000; 30 Mac 2015 (RM10,100) dan 10 Mei 2015 (RM2,100).

Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur mencadangk­an jaminan RM50,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, namun tertuduh merayu dikurangka­n kerana hanya bekerja di kedai makan dengan gaji harian.

Mohd Nor Azlan berkata, dia perlu menanggung isteri dan tiga anak masih bersekolah.

“Yang Arif saya merayu jaminan dikurangka­n kerana saya kini tidak bekerja akibat ditangkap dan perlu sediakan wang untuk persekolah­an anak-anak,” katanya.

Hakim Najwa kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

 ??  ?? MOHD Nor Azlan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.
MOHD Nor Azlan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia