Harian Metro

Bantu suami bisnes ketum

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Bantu suami jual air ketum pada harga RM20 sebotol. Itu pengakuan wanita berusia 46 tahun ketika ditahan polis di rumahnya di Jalan Wirawati 5, Taman Maluri , petang Selasa lalu.

Pada serbuan jam 7 malam, polis menemui 70 botol air ketum disimpan dalam tong bernilai RM1,400.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, terdahulu pihaknya menahan seorang lelaki di depan rumah terbabit bersama tiga botol air ketum.

“Lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai pelanggan wanita terbabit.

“Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kemudian menyerbu rumah itu,” katanya, semalam.

Menurut beliau, setiap botol air ketum itu berisi 1.5 liter dan pihaknya turut merampas wang RM420.70 hasil jualan air ketum.

“Kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga menunjukka­n keputusan negatif.

“Suspek wanita itu mengaku air ketum terbabit milik suaminya dan dia hanya membantu menjualnya,” katanya.

Gombak: Dua penjenayah sempat menjamu makanan dan minuman sebelum melarikan barangan berharga selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan 6, Taman Batu Caves jam 4.30 pagi, Selasa lalu.

Sebelum melarikan diri, penjenayah turut memusnahka­n kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu namun pergerakan mereka dirakam CCTV kediaman jiran mangsa.

Pemilik rumah, Ishak Samsudin berkata, dia ke Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu sebelum pulang jam 3 petang Selasa lalu.

“Tiba di rumah, saya dapati ada kesan umpil pada pintu malah pemeriksaa­n mendapati kediaman berselerak.

“Penjenayah melarikan barang kemas isteri serta tiga tabung penuh syiling dengan jumlah keseluruha­n kerugian RM5,000.

“Saya turut dapati penjenayah memakan biskut, buah-buahan selain meminum jus dalam peti ais,” katanya, semalam.

Menurut Ishak, dia kemudian ke rumah jiran untuk melihat rakaman CCTV dan mendapati dua lelaki terbabit

 Wanita ditahan bersama 70 botol air lalok

memecah masuk kediamanny­a jam 4.30 pagi Selasa lalu dengan memanjat pagar sebelum keluar jam 5.40 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

 ??  ?? KEADAAN rumah di Taman Batu Caves dipecah masuk penyamun.
KEADAAN rumah di Taman Batu Caves dipecah masuk penyamun.
 ??  ?? BOTOL berisi air ketum dirampas polis dari sebuah rumah di Taman
Maluri.
BOTOL berisi air ketum dirampas polis dari sebuah rumah di Taman Maluri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia