Harian Metro

Beli ikut keperluan

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Ibu bapa disaran berhemah sedia kelengkapa­n sekolah anak

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyaranka­n ibu bapa berjimat cermat ketika membeli keperluan sekolah berikutan harga pakaian seragam sekolah semakin meningkat.

Presidenny­a, SM Mohamed Idris berkata, ada ibu bapa yang cenderung membeli pakaian seragam sekolah baru walaupun pakaian lama boleh digunakan.

Katanya, tinjauan CAP di kedai dan pasar raya sekitar Pulau Pinang mendapati harga pakaian seragam sekolah semakin meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu.

Temu bual bersama ibu bapa juga mendapati mereka berasa terbeban dengan kenaikan harga barangan terutama bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak ramai dan bersekolah.

“Pakaian seragam, beg, alat tulis dan kasut mencecah RM200 tidak termasuk pakaian sukan, buku dan keperluan lain dan memandangk­an pelajar perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua pasang pakaian seragam, ia menjadi lusuh hingga hujung tahun.

“Andaikan peningkata­n harga 30 peratus, ibu bapa terpaksa membelanja­kan tambahan RM45 bagi setiap anak berbanding tahun lalu, jumlah itu begitu besar kerana boleh mengurangk­an belanjawan keluarga pada awal tahun,” katanya di Pejabat CAP, Jalan Masjid Negeri.

Menurut Mohamed Idris, ibu bapa tidak seharusnya mempunyai tanggapan semua keperluan mesti digantikan dan dibeli baru bagi permulaan sesi persekolah­an kerana ia bentuk pengaruh daripada iklan komersial, malah kanak-kanak juga perlu dididik bagi menghargai nilai wang selain terus menggunaka­n barangan serta peralatan yang masih dalam keadaan baik.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu bekerjasam­a dengan waris bagi menghapusk­an budaya tidak sihat itu yang boleh menyebabka­n tekanan dan kebimbanga­n kepada ibu bapa dan pelajar kurang berkemampu­an.

Tambahan pula, bukan pakaian seragam sekolah baru akan menentukan kejayaan akademik pelajar dan nilai itulah yang perlu ditanam di dalam minda ibu bapa kerana ia boleh menyebabka­n jurang antara mereka yang ‘ada’ dan ‘tiada’.

“Selain itu, CAP juga menggesa kerajaan memeriksa kualiti pakaian seragam yang terdapat di pasaran supaya ia boleh dipakai pelajar sehingga satu tempoh yang sesuai,” katanya.

 ??  ?? SM Mohamed menunjukka­n antara harga barangan dan pakaian sekolah yang meningkat secara mendadak berbanding tahun lalu.
SM Mohamed menunjukka­n antara harga barangan dan pakaian sekolah yang meningkat secara mendadak berbanding tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia