Harian Metro

Kahak berdarah bayi petanda komplikasi jantung

-

Kuala Lumpur: Dia bagaikan tidak percaya apabila doktor mengesahka­n bayinya menghidap komplikasi jantung dan terpaksa ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ibu muda, Ractna Seridewie Rahmat, 22, hanya mampu berdoa sebaik mengetahui keadaan anaknya, Awang Afiq Rayyan yang berusia sebulan menghidap masalah jantung selepas diletakkan di dalam inkubator dua hari berikutan bayinya kerap mengeluark­an kahak berdarah di mulut.

“Hasil pemeriksaa­n imbasan x-ray, doktor mengesahka­n anak saya menghidap komplikasi jantung kritikal dan perlu menjalani pembedahan segera di hospital pakar.

“Lebih menyedihka­n, anak saya juga menghidap jantung berlubang yang menyukarka­n dia untuk bernafas seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Ractna yang menetap di Kuching, Sarawak, berkata, dia memerlukan RM40,000 bagi menampung kos pembedahan anaknya bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.

“Sepanjang mengandung, saya sentiasa membuat ujian pemeriksaa­n secara berkala di hospital.

“Doktor sendiri tidak mengesyaki anak dalam kandungan mengalami sebarang masalah hingga dia dilahirkan.

“Saya buntu di mana mahu mencari wang bagi menanggung kos pembedahan anak yang tinggi berikutan suami hanya bekerja sebagai nelayan,” kata suri rumah itu.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh mengirimka­n cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan meletakkan nama pesakit di belakang cek serta dihantar ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atas nama pesakit.

 ??  ??
 ??  ?? RACTNA Seridewie bersama anaknya, Awang Afiq Rayyan memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles.
RACTNA Seridewie bersama anaknya, Awang Afiq Rayyan memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia