Harian Metro

‘Ahli sihir’ sambut murid

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Guru SK Putrajaya Presint 11 (2) berpakaian ala alam fantasi pada Hari Orientasi

Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (2) mencipta kelainan apabila mengenakan pakaian ala alam fantasi bagi menyambut murid tahun satu dan prasekolah pada Hari Orientasi dan Pendaftara­n Murid Prasekolah dan Tahun 1, di sini, semalam.

Lebih menarik, Guru Besar, Nor Aizah Ismail mengenakan pakaian ala ahli sihir manakala beberapa guru lain berpakaian seperti sang puteri.

Kelainan yang dibawa itu menarik perhatian 320 murid tahun satu dan ibu bapa yang hadir mendaftark­an anak masing-masing.

Nor Aizah berkata, beliau bersama barisan guru lain mengambil pendekatan kreatif berkenaan bagi membangkit­kan suasana ceria dan rasa seronok kepada murid baru yang bakal memasuki alam persekolah­an.

“Pendekatan itu dilaksanak­an sejak dua tahun lalu dengan konsep pakaian berlainan pada setiap tahun. Kami akan meneruskan tradisi berkenaan pada tahun-tahun yang akan datang bagi meraikan murid baru,” katanya.

Katanya, pihaknya ingin wujudkan suasana yang ceria supaya murid seronok untuk hadir ke sekolah.

Sementara itu, murid tahun satu SKPP 11(2), Azfa Amir Kushairi, 7, berkata, dia gembira dan langsung tidak takut selain tidak mempunyai masalah untuk bangun pagi ke sekolah.

“Sebelum ini dah biasa pergi ke tadika setiap pagi, jadi tiada masalah untuk bangun pagi dan saya sangat seronok untuk berjumpa dengan rakan baru,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Putrajaya, Roaini Jaafar ketika meninjau hari orientasi berkenaan berkata, pihaknya melihat murid-murid semakin berkeyakin­an untuk memasuki tahun satu malah mereka kelihatan seronok terutama apabila bertemu rakan baru.

Selain itu, Roaini berkata, lebih 4,000 murid tahun satu mendaftar masuk di semua 14 sekolah rendah di Putrajaya Kuala Lumpur: Seramai 453 jemaah umrah dari negara ini terkandas di Makkah sejak Jumaat lalu apabila pesawat penerbanga­n yang sepatutnya membawa mereka pulang tidak kunjung tiba.

Difahamkan, semua jemaah itu ke Makkah pada 11 Disember lalu dan sepatutnya pulang menaiki pesawat sewa khas dijanjikan oleh agensi umrah tempatan 11 hari kemudian.

Bagaimanap­un, sebaik berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohamad bin Abdulaziz di Madinah, pesawat berkenaan tidak sampai sebagaiman­a dimaklumka­n oleh agensi umrah yang menguruska­n perjalanan mereka.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nazri berkata, mereka terpaksa bermula 2 Januari ini iaitu peningkata­n 25 peratus berbanding 3,000 tahun ini.

Menurutnya, pertambaha­n berkenaan didorong peningkata­n mendadak jumlah penduduk di Putrajaya setiap tahun.

“Murid paling ramai didaftarka­n di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) dengan 400 murid membabitka­n 11 kelas.

“Putrajaya kini menjadi pilihan penduduk terutama yang memilih menetap di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) malah kebanyakan ibu bapa adalah pasangan muda yang anak mereka masih di peringkat sekolah rendah,” katanya pada sidang media selepas meninjau hari orientasi berkenaan, semalam.

Katanya, bagi menampung keperluan murid yang semakin meningkat, seramai 1,168 guru ditempatka­n di 14 sekolah di Putrajaya.

Roaini berkata, seramai 200 guru baru ditempatka­n di sekolah rendah di Putrajaya bagi menampung peningkata­n murid berkenaan.

“Buat masa ini, segala keperluan dan bilik darjah mencukupi bagi menempatka­n semua murid baru berkenaan,” katanya.

 ??  ?? NOR Aizah (dua dari kiri) berpakaian watak fantasi ketika hari pendaftara­n SK Putrajaya Presint 11 (2).
NOR Aizah (dua dari kiri) berpakaian watak fantasi ketika hari pendaftara­n SK Putrajaya Presint 11 (2).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia