Harian Metro

453 jemaah umrah terkandas di Makkah sejak Jumaat lalu

-

menunggu di lapangan terbang dua kali iaitu pada 22 dan 26 Disember namun pesawat yang dijanjikan tidak tiba.

“Disebabkan pesawat tidak sampai, agensi umrah menempatka­n kami di hotel jauh dari Makkah.

“Ada antara kami sepatutnya sudah bekerja sejak Isnin lalu, tetapi terpaksa mengambil cuti kecemasan selain ada yang risau dibuang kerja,” katanya.

Menurut Nazri, sebelum ini masalah sama berlaku ketika mereka hendak bertolak mengerjaka­n umrah.

“Sebenarnya, sebelum ini lagi kami ada masalah dengan pesawat di mana sepatutnya kami ke Makkah pada 3 Disember tapi pesawat dijanjikan tiada.

“Jadi, pihak agensi umrah menyewa pesawat sewa khas untuk membawa kami mengerjaka­n umrah pada 11 Disember menggunaka­n nama agensi lain,” katanya.

Nazri berkata, biarpun risau, mereka tiada pilihan dan berharap ia dapat diselesaik­an oleh agensi umrah terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham menggesa jemaah berkenaan membuat laporan polis terhadap agensi terbabit.

“Ini kerana dalam urusan perjalanan umrah, agensi berkaitan sepatutnya mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) yang dikeluarka­n Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dan mesti menyediaka­n tiket perjalanan pergi dan balik peserta sebelum peserta berangkat ke Makkah.

“Saya nampak di sini wujudnya elemen penipuan. Malah, menerusi maklumat diterima, agensi terbabit sudah disenarai hitam sebelum ini kerana terbabit kes penipuan umrah pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia