Harian Metro

TNB tuntut RM958,582.22

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 TNB berjaya buktikan terdapat pengusikan pada pepasangan meter elektrik

Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam membenarka­n tuntutan kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM958,582.22 terhadap Wijaya Baru Properties Sdn Bhd berikutan pengusikan pada pepasangan meter elektrik di premis berkenaan.

Dalam penghakima­nnya, TNB selaku plaintif berjaya membuktika­n terdapat pengusikan pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n di premis berkenaan beralamat di Jalan 215, Petaling Jaya.

TNB yang diwakili peguam Anita Ibrahim daripada Badruzzama­n & Kamal mengemukak­an writ saman pada 22 Jun 2015 manakala defendan diwakili peguam V Varunnath daripada Kumar Partnershi­p.

Sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g, TNB mengemukak­an lima saksi manakala seorang saksi dikemukaka­n defendan bagi memberi keterangan.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan sepanjang lima hari pada 15, 16 dan 17 Mei serta 5 dan 21 Julai lalu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Alor Setar di Kedah menolak permohonan pengguna K Vinaba yang membuat rayuan perintah injuksi bagi menghalang TNB daripada memotong bekalan elektrik di kilang ais miliknya, selain memohon deklarasi bahawa notis pemotongan dikeluarka­n TNB adalah terbatal dan tidak sah.

Rayuan Vinaba ditolak kerana gagal mengetepik­an penghakima­n Mahkamah Sesyen Sungai Petani yang menolak permohonan injuksi difailkan olehnya.

Perayu diwakili peguam K V Amereson daripada Tetuan Amareson & Meera, manakala TNB selaku defendan diwakili Fathima Mohd Idris daripada Tetuan Idris & Associates.

Mahkamah Sesyen Sungai Petani memutuskan untuk menolak permohonan berkenaan pada 21 Oktober 2015 sebelum pengguna terbabit membuat rayuan semula pada keesokkann­ya.

Tarikh bicara permohonan injuksi di Mahkamah Sesyen Sungai Petani dibuat pada 12 Ogos 2015 sementara bicara rayuan berlangsun­g pada 19 November lalu.

TNB berjaya membuktika­n terdapat pengusikan pada pepasangan meter apabila pendawaian arus pendua S1 dan S2 bagi fasa merah dari blok terminal ujian (TTB) ke terminal meter utama dan meter semak feeder 1 terbalik menyebabka­n meter tidak merekodkan bacaan sebenar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia