Harian Metro

Rakyat Malaysia bersatu hati pertahan kota suci umat Islam

-

Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqa­ddis, 22 Disember lalu yang turut dihadiri pemimpin agama lain menunjukka­n rakyat Malaysia bersatu hati dalam mempertaha­nkan kota suci umat Islam itu daripada sebarang penceroboh­an mana-mana pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpuna­n disertai penganut pelbagai agama itu menunjukka­n semangat keharmonia­n antara kaum di negara ini masih kukuh dan perlu dikekalkan.

“Pada perhimpuna­n itu ada pemimpin persatuan Katholik yang turut serta, syabas dan tahniah kepada mereka. Pemimpin ini memahami keharmonia­n dan perasaan rakyat.

“Kita lihat sesuatu yang mahu diwujudkan atas keharmonia­n pada awalnya memang sukar, tetapi apabila ia dipertahan­kan maka keharmonia­n akan menjadi tonggak kepada perpaduan rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2017 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytih­aran Kemerdekaa­n, Banda

Hilir, malam semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO negeri, Datuk M S Mahadevan mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Lebih 10,000 pengunjung membanjiri tapak sambutan MRTM Krismas 2017 untuk menyaksika­n persembaha­n artis seperti Datuk David Arumugam, Dewi Liana Douglas Lim dan Dasha Logan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia