Harian Metro

Ceria terima bonus khas PNB

-

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumka­n pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima bonus khas sempena ulang tahun PNB yang ke-40 pada bulan

Mac tahun depan.

Pemegang unit ASB dan usahawan kontraktor, Wan Abdul Kadir Wan Ishak, 53, beliau berkata, perkembang­an PNB amat mengalakka­n.

“Saya yakin dengan pelaburan PNB dan sehingga kini, duit yang saya labur menjana pulangan yang baik.

“Saya harap tahun depan dividen bertambah dan ini dapat membantu kaum Bumiputera seperti saya,” katanya.

Menurut bekas pegawai bank, Roslan Omar, 58, bonus khas PNB sempena ulang tahunnya memberikan pulangan yang baik kepada pelabur.

“PNB adalah pilihan yang baik untuk pelaburan jangka panjang.

“Saya harap dengan pengurusan dan tadbir urus yang baik, ia akan menjana pulangan lebih tinggi kepada pelabur,” katanya.

PNB mengumumka­n jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 8.25 sen seunit bagi tabung utama ASNB iaitu ASB bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember ini.

Jumlah ini terdiri daripada dividen 7.00 sen seunit, bonus sebanyak 0.25 sen seunit dan bonus khas 1.00 sen seunit untuk baki sehingga 10,000 unit sempena ulang tahun ke-40 PNB pada bulan Mac tahun depan.

Jumlah pengagihan sebanyak RM10.7 bilion akan dimanfaatk­an oleh 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB.

 ??  ?? WAN Abdul Kadir gembira dengan pemberian bonus khas sempena ulang tahun ke-40 PNB.
WAN Abdul Kadir gembira dengan pemberian bonus khas sempena ulang tahun ke-40 PNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia