Harian Metro

Bina 3 pasar raya RM600j

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) berhasrat membina tiga lagi pasar raya besar pada tahun depan dengan peruntukan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM600 juta.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, inisiatif untuk membina tiga pasar raya besar itu dilihat sebagai peluang terbaik buat syarikat memperkuku­h operasi meskipun industri peruncitan bagi segmen terbabit dikatakan perlahan.

Beliau berkata, sebelum ini syarikat membina empat hingga lima pasar raya dalam setahun namun dengan keadaan pasaran ketika ini, pihaknya hanya membina dua atau paling banyak tiga pasar raya setahun.

“Jadi, buat masa ini, tumpuan kami hanya untuk membuka pasar raya besar saja dan setakat ini Mydin mempunyai 25 pasar raya besar di seluruh negara.

“Malah, melalui pembukaan pasar raya besar yang baru turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta secara tidak langsung membantu perkembang­an ekonomi negara dengan lebih baik,” katanya.

Mydin yang mula beroperasi pada 1957 kini mempunyai 145 cawangan di seluruh negara dengan sembilan bentuk dan saiz perniagaan berbeza. Antaranya 25 pasar raya besar, 24 pusat beli-belah, sembilan pasar raya, 17 emporium, tiga bazar, 40 MyMydin, lima Mydin Mart, 12 MyMart, lima pasar raya

premium dan lima gudang.

Ameer Ali berkata, daripada tiga pasar raya besar baru itu, dua daripadany­a di Johor dan Kuching, Sarawak yang mempunyai GDV masing-masing RM250 juta dan pasar raya besar bersaiz sederhana di Jengka, Pahang pula dibangunka­n dengan GDV bernilai RM100 juta.

“Semua pasar raya dibina di tanah milik Mydin di seluruh negara dan ia sebahagian daripada perancanga­n strategik syarikat untuk tempoh lima tahun akan datang dalam segmen peruncitan ini,” katanya.

 Mydin perkukuh operasi melalui cawangan baru

 ??  ??
 ??  ?? AMEER Ali
AMEER Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia