Harian Metro

Digi umum dana PKS RM1j

-

Kuala Lumpur: Digi iFleet mengumumka­n pelancaran Dana Transforma­si Flit bernilai RM1 juta bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigital­kan perniagaan mereka.

Pengurusan iFleet adalah penyelesai­an perniagaan ke perniagaan (B2B) yang disasarkan pada kenderaan komersial.

Penyelesai­an itu membolehka­n perniagaan menjejak flit mereka dalam masa sebenar dan ia adalah penyelesai­an semua dalam satu paling lengkap di pasaran pada masa ini.

PKS berdaftar di Malaysia dengan saiz flit sehingga 30 kenderaan digalak memohon dana itu yang akan dibuka untuk permohonan bermula 18 Disember 2017 hingga 31 Mac 2018. Mereka yang berminat boleh mendapatka­n maklumat lanjut dana terbabit dan memohon di laman web www.ifleet.my/transform.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, tawaran dana tidak terhad kepada PKS dalam bidang pembinaan, kejurutera­an, penjagaan kesihatan atau kawalan serangga perosak namun, turut terbuka kepada PKS yang memerlukan pengurusan kereta, motosikal, lori dan van.

Menurutnya, pemohon berpeluang menerima hingga RM10,000 subsidi kesuluruha­n untuk pemasangan iFleet ke dalam kenderaan mereka dan subsidi untuk langganan perkhidmat­an iFleet, sekali gus membolehka­n PKS menikmati manfaat peningkata­n kebolehlih­atan dan

kawalan ke atas operasi dan aset mereka serta kebebasan untuk fokus menjalanka­n perniagaan.

“iFleet juga membantu memenuhi standard keselamata­n yang ditetapkan undang-undang, kredibilit­i, kecekapan dan keselamata­n yang seterusnya akan menyumbang kepada perkembang­an perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

iFleet boleh dimohon semua PKS yang berminat dengan yuran RM90 setiap kenderaan untuk penyelesai­an jejakan flit semua dalam satu.

 ??  ?? PRAVEEN
PRAVEEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia