Harian Metro

SNS Network buka kedai Huawei kedua

-

Ipoh: SNS Network (M) Sdn Bhd melancarka­n kedai telekomuni­kasi kedua mereka di bawah jenama Huawei iaitu Huawei Experience Store di tingkat satu pusat beli-belah Kinta City di sini.

Premis kedua terbesar di negeri ini selepas pelancaran yang pertama di Ipoh Parade, awal tahun ini dijangka menawarkan pelbagai telefon pintar dan tablet jenama Huawei.

Pengarah Jualan dan Pemasarann­ya, Kelvin Pah berkata, pembukaan kedai berkenaan di premis beli-belah itu seiring dengan permintaan tinggi pelanggan terhadap jenama yang semakin popular dalam kalangan pengguna di negara ini.

“Pembukaan kedai ini mampu memberi pengalaman menarik kepada pelanggan yang ingin mengetahui pelbagai fungsi menarik yang ditawarkan, seterusnya mendapatka­n produk telefon pintar berjenama Huawei pada harga berpatutan.

“Diharap pembukaan kedai ini akan menjadi pemangkin kepada pembukaan beberapa kedai telekomuni­kasi di bawah jenama yang sama di sekitar daerah lain di negeri ini antaranya di Manjung, Teluk Intan, Bagan Serai dan Tanjung Malim,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai berkenaan.

Hadir sama, Pengurus Besar Daerah (Utara) Huawei Eason Yong, Pengarah Urusan SNS Network Ko Yun Hung, Pengurus Pasaraya Aeon Kinta City Badrol Shariff dan Pengarah Negara Bahagian Bisnes Huawei Malaysia, Bill Liu.

Menurut Kelvin, sempena pelancaran itu pelanggan berpeluang mendapatka­n telefon pintar Huawei seperti Nova 2i, Nova Lite, P10 Plus, Nova 2 Plus, Mediapad T3 7, Mediapad M3 Lite serta terbaru Mate10 Pro dan Mate 10 bermula dari harga RM500 sehingga RM3,099 seunit.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang pembukaan kedai berkenaan antaranya potongan harga istimewa dan cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, layari laman web www.sns.com.my atau hubungi 1700-817-616. Selain mengikuti perkembang­an terbaru mengenai produk dan promosi menerusi facebook di https://www.facebook.com/sns.my/.

 ?? FOTO: ?? BADROL (tiga dari kiri), Ko dan Kelvin (enam dari kiri) melihat barisan model telefon jenama Huawei selepas melancarka­n Huawei Experience Store di pusat beli-belah Kinta City.
FOTO: BADROL (tiga dari kiri), Ko dan Kelvin (enam dari kiri) melihat barisan model telefon jenama Huawei selepas melancarka­n Huawei Experience Store di pusat beli-belah Kinta City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia