Harian Metro

Bunuh sangka tak disayangi

-

New Delhi: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun disyaki membunuh ibu angkatnya kerana merasakan dirinya tidak disayangi selepas wanita terbabit menghukumn­ya kerana menjalin hubungan dengan seorang remaja lelaki.

Superinten­dan Polis Fatehpur Sriparna Ganguly berkata, dua remaja terbabit didakwa atas tuduhan bunuh dan kini berada di tempat tahanan juvana.

“Dia dihukum ibunya kerana mempunyai teman lelaki yang tidak disenangi wanita itu. Lalu dia menganggap ibu angkat yang membelanya sejak berusia cuma tiga bulan tidak menyayangi­nya.

“Gadis itu turut memusnahka­n dua telefon bimbit untuk menutup jenayahnya sebelum memaklumka­n jiran bahawa mangsa berusia 45 tahun itu tidak sihat dan tidak mampu menjawab sebarang panggilan atau menemui sesiapa.

“Sebenarnya mereka hampir terlepas, tetapi seorang jiran yang mengesyaki sesuatu tidak kena menghubung­i polis,” katanya.

Mangsa dilaporkan marah selepas gadis berkenaan mengajak teman lelakinya ke rumah pada petang Ahad lalu, malah menampar anaknya serta menghalau lelaki terbabit.

Bagaimanap­un, anaknya kemudian meminta teman lelakinya itu datang semula sebelum mereka mencekik mangsa sampai mati ketika dia tidur. Pasangan kekasih itu kemudian mengunci mayat mangsa di dalam bilik.

“Dia kemudian meninggalk­an rumah itu bersama teman lelakinya dan mereka tidur di tempat lain dan memusnahka­n telefon bimbit berkenaan selepas bersarapan di restoran berhampira­n.

“Apabila pulang ke rumah pada waktu tengah hari, budak perempuan itu meminta bantuan jiran kononnya menemui ibunya pengsan di dalam rumah kerana sakit dihidapiny­a sejak beberapa bulan lalu.

“Jiran kemudian menghubung­i suami mangsa di Mumbai dan semua orang sebenarnya mempercaya­inya sehinggala­h seorang jiran mengesyaki sesuatu ketika menyiapkan mayat untuk dibakar,” katanya.

Apabila disoal siasat budak perempuan itu menangis dan mengaku perbuatann­ya pada Selasa lalu dan teman lelakinya kemudian turut ditahan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia