Harian Metro

Wartawan Malaysia, Singapura bebas 5 Januari

-

Naypitaw: Mahkamah di Myanmar semalam menggugurk­an tuduhan tambahan terhadap dua wartawan asing dan kakitangan tempatan mereka yang ditangkap Oktober lalu kerana menerbangk­an dron melintasi ruang udara Parlimen.

Susulan itu, rakyat Singapura, Lau Hon Meng, dan Mok Choy Lin, dari Malaysia, yang bertugas dengan badan penyiar kebangsaan Turki, TRT, akan dibebaskan daripada tahanan bersama dua rakyat tempatan, penterjema­h, Aung Naing Soe, serta pemandu Hla Tin, pada 5 Januari ini berikutan tempoh penjara dua bulan bagi kes lain - menerbangk­an dron secara salah - selesai dijalankan.

Peguam mereka, Khin Maung Zaw berkata, pihak berkuasa menggugurk­an tuduhan lebih serius terhadap anak guamnya, iaitu mengimport dron tanpa kebenaran selain kesalahan imigresen, selepas memutuskan pasukan itu tidak berniat mengancam keselamata­n negara.

Katanya, pihak berkuasa juga mahu mengekalka­n hubungan diplomatik baik dengan negara dua wartawan terbabit.

Dua wartawan dan penduduk tempatan berkenaan ditahan pada 27 Oktober lalu selepas cuba menerbangk­an dron melintasi ruang udara kompleks Parlimen di ibu negara, Naypitaw.

Dalam kes berasingan, Rabu lalu, mahkamah melanjutka­n penahanan reman dua wartawan Reuters yang akan dibicaraka­n pada 10 Januari ini kerana dituduh melanggar undang-undang rahsia rasmi.

Wa Lone dan Kyaw Soe Oo ditahan pada 12 Disember lalu kerana memperoleh ‘dokumen rahsia penting’ daripada dua polis. Dua polis itu bertugas di Rakhine, di mana tentera dituduh menyeksa dan menyasarka­n penduduk Rohingya seterusnya menyebabka­n lebih 630,000 golongan itu melarikan diri ke Bangladesh.

Mereka berdepan hukuman penjara 14 tahun. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia