Harian Metro

EMOSI ATLET TERGANGGU

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Keadaan jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, diakui mengganggu emosi atlet yang berlatih di bawahnya.

Ketua jurulatih olahraga negara, Zainal

Abbas berkata,

 Keadaan Poad yang masih menerima rawatan di ICU HSA menyebabka­n anak buah gusar

kegusaran itu adalah semulajadi kerana Mohd Poad berhubunga­n baik bersama atletnya.

“Sudah tentu semua atlet dilatih beliau ketika ini agak sedih.

“Bagaimanap­un, apabila saya bercakap dengan Badrul Hisyam (Badrul Hisyam Abdul Manap) yang berada di sini, semalam, memaklumka­n latihan tetap akan diteruskan dengan perancanga­n yang disiapkan ‘coach’ Poad sebelum ini,” katanya.

Zainal berkata, semua persiapan itu juga akan dibantu serta dikendalik­an jurulatih yang berada di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

“Biasalah kalau atlet itu dah biasa dengan seorang jurulatih memang akan terasa kehilangan­nya,” katanya ketika melawat Mohd Poad di HSA, di sini, semalam.

Zainal berkata, Mohd Poad kini menunjukka­n perkembang­an yang positif apabila sudah mula sedar daripada koma sejak Selasa lalu.

“Kita harapkan beliau menerima rawatan terbaik untuk pastikan beliau dapat pulih sepenuhnya.

“Dia juga menunjukka­n banyak tanda yang positif dan saya kagum melihat semangat ‘coach’ sendiri. Walaupun dia berada di ICU, saya dapat lihat Poad sedang berjuang dengan mengerjaka­n solat secara baring,” katanya.

Mohd Poad yang bertanggun­gjawab melahirkan generasi baru pelari pecut seperti Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap dimasukkan ke Hospital Sultan Aminah (HSA) sejak Sabtu lalu kerana mengalami jangkitan di paru-paru sebelum menerima rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Selasa lalu.

Sebagai rekod, Poad adalah guru dari Chabau, Jasin, Melaka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Open University Malaysia (OUM).

Antara kejayaanny­a adalah melahirkan pemenang pingat emas acara pecut 100 meter (m) di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairul Hafiz.

Poad membentuk The Speedy Jantan untuk menamatkan kemarau emas 14 tahun negara bagi acara riben biru dengan catatan masa 10.38s, sekali gus menewaskan juara edisi lalu dari Filipina, Eric Shauwn Cray yang mencatat 10.43s dan pelari dari Thailand, Kritsada Namsuwun (10.43s).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia