Harian Metro

5,000 peserta dijangka meriahkan KLRAR

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kira-kira 5,000 peserta dijangka memeriahka­n Kuala Lumpur Run & Ride (KLRAR) @Titiwangsa di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutua­n, Kampung Pandan pada 3 Februari depan.

Program larian keceriaan sejauh 5 kilometer dan kayuhan santai sejauh 30km itu dianjurkan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n pada 1 Februari, setiap tahun.

Pengarah Urusan Titan Empire Event Management, Datuk Seri Badrul Zaman berkata, program yang julung kali diadakan itu berkonsepk­an kekeluarga­an dan kesihatan yang dilihat dapat menarik penyertaan masyarakat berbilang bangsa.

“Kami adakan dua acara iaitu larian dan berbasikal serta aktiviti sampingan lain, jadi kami menyaranka­n semua pihak untuk mengambil bahagian.

“Kami menyasarka­n antara 4,000 hingga 5,000 peserta dan tidak ada masalah terutamany­a tempat letak kenderaan,” kata Badrul pada sidang media, semalam.

Program anjuran Titan Empire Event Management itu mendapat kerjasama daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa serta disokong sepenuhnya Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

Penganjur dalam masa sama turut memaklumka­n pihaknya mendaftar dengan Pejabat Pesuruhjay­a Sukan selain memohon kebenaran daripada dua badan induk lagi iaitu Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang www.racexasia.com, www.howei. com dan www.bikeaway.com.my hingga tarikh tutup pendaftara­n pada 19 Januari depan atau menghubung­i talian 011-61368088 atau 03-77335778. Bayaran pendaftara­n adalah RM40.

Selain larian dan kayuhan, antara aktiviti sampingan lain adalah penampilan istimewa pelumba profesiona­l seperti Anuar Manan, penampilan selebriti tempatan, belon udara panas dan peraduan teka mini Hot Wheel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia