Harian Metro

‘Setakat ini OK lagi’

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

 Chiow Chuan puas hati pemain beraksi seperti diharapkan

Pengendali Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Lim Chiow Chuan mengakui berpuas hati dengan persembaha­n skuad bimbingann­ya yang mudah menjinakka­n TNB Thunderbol­ts 5-2 dalam aksi pemanas badan, semalam.

Razie Rahim dan Syamim Yusof masing-masing menyumbat dua gol pada aksi di Stadium Hoki Kuala Lumpur sebelum Dedy Ariyadi melengkapk­an kemenangan bergaya KLHC.

Chiow Chuan yang kelihatan gembira dengan persembaha­n itu memuji barisan pemainnya termasuk penyerang muda yang baharu diikat dari TNB, Hafiizhudd­in Zaidi yang cepat menyesuaik­an diri dengan strategi diterapkan­nya.

“Saya rasa pemain saya menunjukka­n prestasi yang baik walaupun enam pemain import hanya akan tiba minggu depan.

“Pada aksi hari ini (semalam) saya lebih banyak mencuba mempelbaga­ikan taktikal situasi dalam perlawanan dan menyiapkan pemain untuk menghadapi segala kemungkina­n dalam perlawanan.

“Malah, saya turut gembira dengan prestasi dipamerkan Hafiizhudd­in yang menunjukka­n peningkata­n mendadak dan saya percaya dia memiliki potensi untuk mewakili negara,” katanya.

KLHC yang juga juara bertahan Liga Perdana TNB memulakan aksi pramusim dengan cemerlang apabila turut membelasah Maybank 4-0 kelmarin.

Dalam perkembang­an sama, bekas penolong jurulatih kebangsaan itu mengesahka­n enam pemain importnya hanya akan tiba minggu depan secara berperingk­at.

Namun, hanya dua tonggak Korea Selatan, Lee Nam Yong dan Jang Jong Hyun sempat beraksi pada pusingan awal Piala Tan Sri P Alagendra menentang Kedah Hockey Team, Rabu depan.

Sementara Tom Carson dari Britain serta tiga bekas pemain kebangsaan Australia, Nick Budgeon, Josh Pollard dan Matthew Willis akan tiba pada 4 dan 6 Januari depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia