Harian Metro

Tak sangka juara

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Pasukan MARA Negeri Sembilan (MARA NS) muncul juara kategori agensi kerajaan manakala Pengakap Kelana Rembau (PKelana) mendominas­i kategori belia Kejohanan Bowling Komuniti Belia Cergas 2017 yang berlangsun­g di Ole-Ole SuperBowl Mydin Mall Seremban 2, baru-baru ini.

MARA NS mengumpul keseluruha­n 1,110 jatuhan pin manakala PKelana merekodkan 1,235 jatuhan pin pada aksi dua pusingan untuk mengetepik­an 17 pasukan lain yang menyertai kejohanan itu.

Kejohanan anjuran bersama Pejabat Parlimen Rembau, Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) dan Majlis Belia Daerah Rembau (MBDR) itu membabitka­n Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Persatuan Belia Daerah Rembau serta ahli gabunganny­a termasuk

Orang Asli.

“Saya tidak menyangka pasukan kami mampu muncul juara kerana saingan begitu sengit daripada pencabar lain namun bersyukur kerana kami dapat membuat balingan yang lebih sempurna

belia pada kali ini.

“Walaupun tidak selalu berlatih dan hanya sesekali menyertai pertanding­an, tetapi kami berjaya mengurangk­an kesilapan dan ia ternyata memberi kelebihan kepada kami untuk merekokan jumlah jatuhan pin yang baik,” kata ketua pasukan MARA NS, Mohd Kharul Anwar Mohd Zakaria.

Pengerusi MBDR yang juga penyelaras pertanding­an Abdul Rafi Abdul Murad berkata, seramai 180 pemain menyertai pertanding­an itu yang bertujuan mengeratka­n hubungan belia dengan pegawai dan kakitangan agensi kerajaan di negeri itu.

Menurutnya, pihaknya yakin melalui hubungan baik antara kedua-dua pihak sudah tentu akan dapat membantu menjana kejayaan lebih baik kepada golongan belia.

“Selaku penggerak pertanding­an ini, saya puas hati dengan komitmen setiap pasukan dan yakin matlamatny­a tercapai apabila kepemimpin­an belia negeri dan daerah turut memberikan sokongan padu.

“Kami akan menjadikan pertanding­an ini sebagai acara tahunan pada masa depan untuk menghimpun­kan pemain bowling berbakat kalangan belia,” katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Rembau, Datuk Dr Awaluddin Said, Setiausaha Sulit kepada Menteri Belia dan Sukan, Rizuan Ahmad dan Presiden MBNS Fairus Rosli.

 MARA NS, PKelana dominasi Bowling Komuniti Belia Cergas 2017

 ??  ??
 ??  ?? DR Awaluddin (tengah-baju kotak) bersama peserta yang menyertai Kejohanan Bowling Komuniti Belia Cergas 2017.
DR Awaluddin (tengah-baju kotak) bersama peserta yang menyertai Kejohanan Bowling Komuniti Belia Cergas 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia