Harian Metro

Awasi Djokovic Nadal tarik diri akibat kecederaan lutut

- AFP

>>Djokovic juara 12 kali Grand Slam

 Tempoh rehat panjang beri kelebihan kepada bintang tenis Serbia

Bekas pemain nombor satu dunia dan juga juara 12 kali Grand Slam, Novak Djokovic akan lebih berbahaya daripada sebelum ini apabila kembali ke gelanggang selepas rehat panjang akibat kecederaan siku, kata lawannya, Dominic Thiem semalam.

Djokovic tidak bermain sejak menarik diri pada pusingan

(gambar)

suku akhir di Wimbledon menentang Tomas Berdych pada Julai, tetapi pemain berumur 30 tahun itu akan membuat kemunculan semula di Kejohanan Tenis Dunia Mubadala di sini hari ini sebelum memulakan kempen kompetitif sebagai pemain pilihan utama di Terbuka Qatar pada minggu depan.

“Kami semua tahu kemampuan Djokovic,” kata Thiem yang berasal dari Austria dan akan turut bermain dalam saingan enam pemain, di sini.

“Tetapi kini, jika kecederaan­nya pulih, dia berkemungk­inan lebih berbahaya dan lebih bagus jika mempunyai sedikit masa mengembali­kan tenaga. Saya rasa semua orang mahu tahu bagaimana dia bermain semula dan kita lihat bagaimana permainan pertamanya di sini.”

Thiem rasakan Djokovic boleh melakukan impak yang sama seperti Roger Federer dan Rafael Nadal yang kembali daripada kecederaan tahun ini.

Federer memenangi Terbuka Australia dan mencatat rekod Wimbledon kelapan sementara Nadal menjulang gelaran Terbuka Perancis buat kali ke-10 dan Tebuka Amerika Syarikat.

“Saya rasa kami boleh menjangkak­an perkara yang sama daripada Djokovic kerana dia berada liga yang sama dengan Roger dan Rafa. Dia juga adalah salah seorang pemain terbaik sepanjang masa,” kata Thiem yang memenangi perlawanan pertama menentang Djokovic selepas enam pertemuan di suku akhir Terbuka Perancis pada Jun lalu.

“Ia akan menjadi tahun yang menarik. Ada pemain yang kembali daripada kecederaan tetapi selain Novak, tidak ada pemain lain yang akan kembali seperti Roger dan Rafa.

“Ia terlalu sukar. Saya rasa semua orang tidak sabar untuk memulakan musim ini.” Brisbane: Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal menarik diri daripada Kejohanan

Antarabang­sa

Brisbane berikutan kecederaan lutut, tetapi berkata dia masih

(gambar)

berhasrat untuk bermain pada Terbuka Australia, bulan depan.

Pemain Sepanyol itu yang tidak bermain sejak tewas kepada David Goffin di Final Jelajah Dunia di London, dijadual memulakan musimnya di sini, pada hujung minggu ini tetapi berkata dia tidak akan turut serta.

“Saya memohon maaf untuk mengumumka­n yang saya tidak dapat datang ke Brisbane pada tahun ini,” kata Nadal dalam Twitter, semalam.

“Hasrat saya untuk bermain tetapi saya masih belum bersedia selepas musim yang panjang tahun lepas dan persiapan saya yang lewat.”

Tetapi Nadal berkata dia berhasrat untuk bermain pada pembukaan kejohanan Grand Slam, yang akan bermula pada 15 Januari di Melbourne.

“Saya akan berjumpa peminat Australia saya apabila saya tiba pada 4hb (Januari) di Melbourne dan memulakan persiapan saya bagi Terbuka Australia,” katanya.

Laporan mengenai pemulihan Nadal daripada kecederaan lutut kanannya bermula pada minggu lalu apabila menarik diri daripada perlawanan pertunjuka­n di Abu Dhabi pada minggu ini dan mengambil cuti empat hari daripada sesi latihan.

Nadal, 31, mempamer tahun yang cemerlang pada 2017 dengan merangkul kejuaraan Terbuka Perancis kali ke-10, kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat kali ketiga dan mengakhiri tahun ini dengan kedudukan nombor satu dunia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia