Harian Metro

BENTENG TERMAHAL

- AFP

London

Liverpool menandatan­gani bintang Southampto­n, Virgil van Dijk dengan perjanjian dilaporkan bernilai £75 juta (RM410.59 juta) sekali gus menjadikan pemain itu sebagai pertahanan termahal dunia.

Van Dijk dikaitkan dengan perpindaha­n ke Liverpool beberapa bulan lalu dan kelab Anfield itu terpaksa membuat permohonan maaf selepas dituduh mendekati pemain Belanda itu secara haram bagi mendapatka­nnya awal tahun ini. Pengurus Reds, Jurgen Klopp kekal bertekad mendapatka­n Van Dijk untuk menguatkan barisan pertahanan kelab itu yang dikatakan menjadi punca misi merebut gelaran Liga Perdana

Inggeris (EPL) buat Liverpool gagal.

“Gembira dan rasa bangga apabila bersetuju menjadi pemain Liverpool FC,” kata Van Dijk dalam Twitter, disamping gambarnya bersama jersi Liverpool.

“Hari ini adalah hari yang dibanggaka­n buat saya dan juga keluarga saya apabila saya turut serta dalam kelab terbesar bola sepak di dunia.

“Saya tak sabar untuk menyarung jersi merah yang terkenal ini buat kali pertama di depan Kop dan akan melakukan segala-galanya untuk mencuba dan membantu kelab hebat ini sesuatu yang istimewa dalam tahun mendatang.” Biarpun Chelsea dan Manchester City turut menyatakan minat terhadap Van Dijk, Klopp akhirnya mendapatka­n pemain itu dengan gaji mingguan sebanyak £180,000 juta (RM985,408).

“Kelab Bolasepak Liverpool mengesahka­n mereka mencapai persetujua­n dengan Southampto­n bagi perpindaha­n Virgil van Dijk,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman sesawangny­a.

“The Reds mencapai kata persetujua­n bagi perjanjian bersama kelab pesisiran selatan itu, dan pemain itu sendiri akan menyaksika­n

 Van Dijk rekrut baru Liverpool, catat rekod perpindaha­n pertahanan paling mahal dunia

pertahanan berumur 26 tahun itu berpindah ke Anfield apabila jendela perpindaha­n kembali dibuka pada 1 Januari 2018.”

Rekod perpindaha­n dunia bagi pemain pertahanan sebelum ini adalah berjumlah £54 juta (RM295.62 juta) yang dibayar Manchester City kepada Tottenham Hotspur bagi mendapatka­n pertahanan England, Kyle Walker.

Skuad The Saints juga mengesahka­n tawaran Liverpool itu namun tidak mendedahka­n jumlah sebenar perpindaha­n.

“Southampto­n bersetuju dengan jumlah perpindaha­n yang menyaksika­n rekod dunia baru bagi pemain pertahanan. Kelab ini mengucapka­n selamat maju jaya buat Virgil dalam masa depannya apabila perjanjian ini akan diselesaik­an pada 1 Januari 2018,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

 ??  ?? VAN Dijk ceria mempamerka­n jersi Reds.
VAN Dijk ceria mempamerka­n jersi Reds.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia