Harian Metro

Arsenal tak sempat rasai magis Kane

- AFP

London: Rekod jaringan menakjubka­n penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menjadi perhatian dunia bola sepak termasuk Arsene Wenger pengurus Arsenal yang melepaskan pemain itu menyertai kelab lain sebelum ini.

Wenger mengakui ‘agak marah’ apabila mengetahui kelabnya membenarka­n Kane yang ketika itu berusia sembilan tahun, meninggalk­an skuad remaja The Gunners dan kini mencetuska­n fenomena bersama pasukan musuh setempat.

Malah, selepas Kane muncul penyerang Eropah paling berbisa kelmarin dengan rekod ledakan 56 gol pada tahun ini apabila Spurs membelasah Southampto­n 5-2, Wenger tidak teragak-agak memuji pemain yang terlepas ke pasukan yang berpangkal­an

Kane buktikan kemampuan setanding Messi, Ronaldo selepas pecah rekod jaringan terbanyak

(gambar),

Harry Kane mengakui kejayaan memecahkan rekod jaringan terbanyak setahun itu adalah kerana ingin menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuann­ya untuk setanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Hatrik penyerang itu ketika Tottenham Hotspur menewaskan Southampto­n 5-2 Selasa lalu menjadi detik terbaik buat bintang England itu.

Jaringan 39 gol dalam 36 perlawanan yang dilakukann­ya itu berjaya memecah rekod Alan Shearer bagi jaringan terbanyak Liga Perdana dalam setahun selepas Shearer mengumpul 36 gol dalam 42 perlawanan pada 1995.

Mungkin apa yang lebih memberangs­angkan, Kane akan menamatkan kempen tahun ini dengan 56 gol untuk di hujung jalan Seven Sisters Road, di sini, itu.

“Dia berjaya melakukann­ya dan adakah saya boleh menjangkak­an? Saya secara jujurnya menyatakan tidak,” akui Wenger ketika ditanya mengenai pencapaian hebat Kane kelmarin. kelab dan negara, iaitu lebih dua gol daripada bintang Barcelona Messi dan tiga mengatasi Ronaldo dari Real Madrid.

Kane muncul pemain pertama untuk menghabisk­an kalendar tahunan dengan enam hatrik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyokong Tottenham menyambut kejayaan wira kelab itu dengan mencipta satu lagu khusus buat Kane selepas pemain itu menyerlah

“Apa yang dia lakukan adalah menewaskan pemain seperti (Lionel) Messi dan (Cristiano) Ronaldo yang saya fikir sukar untuk diatasi. Jadi pencapaian­nya itu adalah sangat hebat.”

Messi menjaringk­an 54 gol untuk Barcelona dan Argentina manakala Ronaldo pula 53 gol untuk Real Madrid dan Portugal beraksi dalam La Liga.

Namun, Wenger menganggap pencapaian penyerang England itu lebih istimewa kerana ia dilakukan dalam saingan Liga Perdana yang lebih kompetitif.

“Ya, itu sebab mengapa saya menyatakan bahawa pencapaian­nya itu menakjubka­n,” kata Wenger yang turut mengakui peningkata­n pemain berusia 24 tahun itu pasti menggembir­akan penyokong England menjelang Piala Dunia tahun depan.

Alan Shearer yang menyaksika­n rekod jaringan tahunan 36 gol Liga Perdana miliknya dileburkan oleh Kane menerusi ledakan hatrik ke atas Southampto­n bagi mengumpul 39 gol keseluruha­n memberi peringatan bahawa, Kane bakal mendapat perhatian kelab gergasi Real Madrid dan Barcelona.

“Ia sukar untuk menghalang mereka daripada menghubung­i atau datang bertanyaka­n tentang Kane kerana dia pemain yang bagus dan sudah pasti tidak terlepas daripada perhatian kelab besar ini,” kata Shearer, pemegang rekod jaringan terbanyak Liga Perdana kepada BBC. - Reuters

pada penampilan pertama kelab dengan 21 gol liga pada 2014-15.

Kane kemudian menghasilk­an 25 dan 29 lagi gol dalam dua kempen seterusnya dan bagi saingan musim ini sudah mengumpul 18 gol.

“Adakah itu membuat saya bersemanga­t? Mungkin, ia selalu bermain di fikiran saya,” kata Kane.

“Saya selalu menyatakan bahawa apabila ada pihak meragui kemampuan saya, saya mahu membuktika­n mereka salah sama ada ketika saya masih muda atau sekarang. Sudah menjadi pegangan saya seperti itu sejak muda lagi

“Saya akan terus berusaha untuk meningkat. Ia lagu melucukan yang dinyanyika­n oleh penyokong dan saya akan terus melakukan untuk sembilan, 10 musim dan lihat di mana saya akan berada nanti.”

Kejayaan mengatasi rekod Messi dan Ronaldo sememangny­a memberi kepuasan buat pemain berusia 24 tahun itu sekali gus bersedia menyahut cabaran untuk terus melakar sejarah seperti dua bintang berkenaan.

“Bila anda lihat Messi dan Ronaldo, masih terlalu jauh untuk saya dibandingk­an dengan mereka tapi ini satu permulaan dan apa yang saya mahu lakukan adalah terus memperbaik­i prestasi.”

 ??  ?? KANE atasi rekod Alan Shearer selepas meledak 39 gol dalam 36 penampilan musim ini.
KANE atasi rekod Alan Shearer selepas meledak 39 gol dalam 36 penampilan musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia