Harian Metro

Maniam tak risau

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Evan, Ilham belum kelihatan ketika sesi latihan Red Giants

Kelibat dua pemain import Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn yang belum kelihatan pada sesi latihan skuad Selangor tidak meresahkan jurulatih P Maniam.

Sebaliknya beliau tetap fokus mempersiap­kan skuad Red Giants untuk menghadapi musim 2018 tanpa terlalu memikirkan mengenai dua pemain itu.

Jurulatih itu menegaskan beliau tidak panik kerana masa masih panjang mempersiap­kan pasukan memandangk­an liga akan bermula Februari depan.

“Memang, jika ikut perancanga­n, kedua-dua pemain itu sepatutnya sudah melaporkan diri minggu lalu tapi hingga sekarang belum muncul. Saya difahamkan mereka akan datang minggu depan.

“Saya sebenarnya tidak terlalu memikirkan perkara itu kerana lebih fokus kepada latihan bersama pemain yang ada ketika ini.

“Pada peringkat ini kami memberi tumpuan untuk meningkatk­an tahap kecergasan pemain sebelum beralih kepada taktikal serta keserasian,” ujar Maniam.

Malah pelbagai spekulasi timbul berikutan kegagalan Evan dan Ilham melaporkan diri seperti dijadualka­n juga tidak membimbang­kan jurulatih itu.

“Tugas saya melatih pasukan, oleh itu apa saja urusan di luar padang saya serahkan sepenuhnya kepada pengurusan untuk menanganin­ya.

“Memang saya amat berharap Evan dan Ilham berada dalam pasukan untuk memperkuku­hkan cabaran kami musim depan. Saya tahu pengurusan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan mereka bersama kami,” katanya.

Langkah Evan dan Ilham untuk menyertai latihan Selangor minggu lalu dikatakan tertangguh susulan kenyataan Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Edy Rahmayadi yang tidak merestui keputusan mereka.

 ??  ?? MANIAM (tengah) pantau sesi latihan pasukan Selangor.
MANIAM (tengah) pantau sesi latihan pasukan Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia