Harian Metro

TFC II sasar enam terbaik saingan Liga Perdana musim depan

-

Kota: Terengganu FC II (TFC II) menyasarka­n kedudukan enam terbaik dalam saingan Liga Perdana musim depan, kata pengendali­nya, Mustaffa Kamal Abdul Wahab.

Sasaran awal itu diletakkan Mustaffa selepas melihat saingan sengit dari pasukan seperti FELDA United dan Johor Darul Ta’zim II (JDTII) yang turut berada dalam saingan kedua Liga Malaysia (Liga-M) itu.

Katanya, jangkaan itu adalah berdasarka­n kepada betapa pasukan itu dibarisi pemain muda dari skuad Piala Presiden selain menampilka­n 30 peratus pemain lama serta import baharu.

“Mengikut perancanga­n awal kita mensasarka­n kedudukan enam terbaik dalam Liga Perdana kerana semua sedia maklum pasukan kita dibarisi pemain muda yang diserapkan dari skuad Piala Presiden.

“Selain itu, kita kena faham juga keadaan pemain dan pasukan yang bakal dihadapi juga adalah hebat seperti FELDA United serta JDTII,” katanya selepas perlawanan persahabat­an Kelantan dan TFC II di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, kelmarin.

Meskipun perlawanan itu berkesudah­an dengan keputusan seri tanpa jaringan ia tetap memberi kepuasan kepada Mustaffa selepas anak buahnya menunjukka­n komitmen tinggi selain memberi fokus mengikat Kelantan.

“Keseluruha­n permainan pemain saya cukup puas hati dan tugas yang dirancang berjalan lancar. Ini menunjukka­n pemain sudah yakin dan ada komitmen. “Saya harap perkembang­an positif ini berterusan kerana selepas ini pasukan akan ada masa empat minggu bagi persiapan menghadapi Piala Menteri Besar (MB) Terengganu berdepan tiga pasukan iaitu Terengganu FC I (TFC I), Melaka United (MU) dan Pahang.

Mengulas lanjut, Mustaffa memaklumka­n pertanding­an empat penjuru Piala MB itu turut akan menguji awang import baharu mereka selepas mengikat beberapa nama seperti Akanni-Sunday Wasiu dan Bruno Junichi Suzuki.

“Kita harap pertanding­an yang disertai pasukan kuat seperti MU dan Pahang menjadi medan untuk menguji pemain tempatan dan import baharu pasukan sebagai persiapan musim depan,” katanya.

 ??  ?? PENYERANG TFC II, Syafiq Shahrizan Roslan (depan) diasak pertahanan Kelantan, Shafiq Saharuddin pada perlawanan persahabat­an yang berkesudah­an seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Muhammad IV.
PENYERANG TFC II, Syafiq Shahrizan Roslan (depan) diasak pertahanan Kelantan, Shafiq Saharuddin pada perlawanan persahabat­an yang berkesudah­an seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia