Harian Metro

Santhit optimis TRW mampu hadapi cabaran

- Attirmidzi­e Rahman sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Pengendali Kelantan, Santhit Bensoh, menyuaraka­n keyakinan betapa pasukannya mampu memberi saingan pertanding­an tiga penjuru menentang kelab terkemuka Asia Tenggara, di Stadium Nasional Bukit Jalil, pertengaha­n bulan depan.

Mengakui pasukan yang bakal dihadapi bukan calang-calang, pengendali kelahiran Thailand itu berkata sudah mempunyai ramuan sendiri selain mengenalpa­sti kelemahan skuadnya selepas rombakan secara besar-besaran sebelum ini.

Selain itu katanya, skuad The Red Warriors (TRW) juga hampir selesai melengkapk­an senarai nama pemain bagi musim depan selepas kemasukan pemain baharu tempatan serta pemain import.

“Apa yang perlu selepas ini kita fokus kepada pertanding­an di Kuala Lumpur kerana ia satu peluang terbaik untuk merasai pengalaman berdepan cabaran yang kuat.

“Saya sendiri sudah meneliti kelemahan pasukan dalam beberapa perlawanan persahabat­an sebelum ini dan Insya-Allah, saya yakin semua itu dapat diatasi sebelum pertanding­an itu nanti,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabat­an di antara Kelantan dan Terengganu FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam kelmarin.

Perlawanan persahabat­an kedua TRW selepas hampir melengkapk­an senarai pemain musim depan itu berkesudah­an seri tanpa

jaringan.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Santhit berkata banyak peluang yang dicipta pasukan dalam perlawanan itu namun gagal ditafsirka­n dengan jaringan.

“Meskipun berkeputus­an seri saya berpuas hati dengan persembaha­n ke semua pemain. Saya anggap perlawanan ini bagi mencari keserasian pemain kerana barisan yang diturunkan malam ini (malam tadi) adalah di kalangan pemain baharu serta pemain muda.

Dalam perkembang­an sama, Santhit memberitah­u pasukan itu akan kembali memulakan sesi latihan pada 3 Januari ini selepas cuti tahun baharu.

“Esok (hari ini) pasukan masih ada latihan terakhir seterusnya ada beberapa aktiviti bersama pasukan di kediaman Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan.

“Selepas itu pasukan akan bercuti dan akan kembali memulakan latihan pada 3 Januari depan bagi persiapan pertanding­an di Kuala Lumpur,” katanya.

 ??  ?? SANTHIT (kiri) dan Khairul Fahmi berbincang selepas perlawanan persahabat­an menentang TFC II, di Stadium Sultan Muhammad IV.
SANTHIT (kiri) dan Khairul Fahmi berbincang selepas perlawanan persahabat­an menentang TFC II, di Stadium Sultan Muhammad IV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia