Harian Metro

Diaz teruja kembali perkasa JDT

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Ibarat sirih pulang ke gagang. Jorge Pereyra Diaz jelas gembira apabila kembali menyarung semula jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharung­i kempen Liga Malaysia (Liga M) yang akan menyingkap tirainya pada 3 Februari ini.

“Sudah tentu saya gembira kembali beraksi semula untuk JDT. Ia adalah kelab yang saya sayang dan amat selesa bermain bersama. Malah saya berazam memberi persembaha­n terbaik nanti.

“Musim depan saya akui cukup mencabar memandangk­an pasukan lain juga membuat persiapan rapi mengharung­i kempen Liga M. Tetapi kami tetap berkerja keras mengharung­i apa juga ranjau yang berliku bagi memastikan kemenangan.

“Secara peribadi saya idamkan untuk sekali lagi muncul penjaring terbanyak selepas melakukann­ya pada musim 2016. Tetapi itu adalah impian saya, namun paling mustahak sudah tentu kerjasama berpasukan ketika dalam perlawanan untuk menghasilk­an kemenangan,” katanya.

Sebelum kembali menyertai

(gambar)

skuad Harimau Selatan, Diaz dipinjamka­n ke kelab Club Leon yang bersaing di Liga Mexico selama semusim.

Dan pastinya kehadirann­ya yang akan berganding­an bersama Luciano Figueroa bakal menguatkan lagi jentera serangan skuad kendalian Ulisses Morais itu.

Diaz berkata latihan seminggu lalu di bawah kendalian Morais tampak berjalan lancar bagi memastikan apa juga perancanga­n taktikal yang akan dibentuk dapat difahami sekali gus memudahkan perancanga­n permainan menjelang aksi kelayakan ACL dan Liga M.

Katanya, dia tidak berdepan masalah untuk memahami corak permainan rakan sepasukan memandangk­an sudah mengenali antara satu sama lain serta pernah beraksi ketika musim lalu.

“Saya baru saja mengenali Morais. Beliau seorang yang memiliki sikap positif dan sentiasa beri tunjuk ajar tentang taktikal.

“Saya optimis skuad JDT pada musim depan tampak lebih mantap dan kami akan berusaha mempertaha­nkan kejuaraan Liga Super,” kata Diaz.

Apa pun bintang import skuad Harimau Selatan itu mengakui persiapan lebih rapi harus dilakukan bagi berdepan Muangthong United FC pada pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 23 Januari ini. Dan sudah pasti ia adalah misi utama bagi memburu tempat ke saingan kumpulan ACL buat pertama kali.

 ?? FOTO: IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS ??
FOTO: IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia