Harian Metro

FMLLP perkenal Piala Cabaran

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 8 pasukan tidak layak ke Piala Malaysia miliki peluang beraksi

Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) akan memperkena­lkan saingan baru Piala Cabaran kepada pasukan yang tidak layak untuk beraksi dalam Piala Malaysia musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam mengesahka­n pertanding­an itu diwujudkan sebagai satu langkah penambahba­ikan selepas Piala Malaysia kembali diasingkan daripada aksi liga musim depan dan mengisi beberapa kekosongan yang timbul dalam kalendar bola sepak tempatan.

“Selepas meneliti dua musim ini apabila format baru Piala Malaysia digunakan, kami mendapati ada kekosongan yang mana tiga perlawanan terakhir memiliki jarak yang begitu jauh antara satu perlawanan ke perlawanan.

“Oleh itu, kami melihat perlu adanya penambahba­ikan jadi kami kembalikan format Piala Malaysia seperti asal dan memperkena­lkan saingan baharu untuk lapan pasukan yang tidak layak bagi memastikan supaya kekal beraksi sepanjang musim.

“Bagaimanap­un, kami masih perlu memperhalu­si mekanisme saingan ini terlebih dahulu dan berkemungk­inan pasukan yang tersingkir awal daripada Piala Malaysia juga akan turut bersaing dalam kejohanan itu,” katanya ketika ditemui selepas taklimat pasukan Liga Malaysia (Liga M) 2018 di sini, semalam.

Piala Malaysia akan kembali diasingkan apabila dilangsung­kan di luar pertanding­an liga pada musim 2018 selepas dua musim berlangsun­g seiring dengan perjalanan liga.

Ia sekali gus menyaksika­n format baru yang digunakan pada musim 2016 dan 2017 tidak lagi diguna pakai dan kelayakan semua pasukan ke saingan Piala Malaysia akan ditentukan menerusi kedudukan pasukan pada penamat saingan Liga Super serta Liga Perdana.

Berdasarka­n format musim 2016 dan 2017, kelayakan 16 pasukan ditentukan menerusi kedudukan 11 pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan teratas Liga Perdana selepas tamat pusingan pertama.

Pada masa sama, Kevin turut menjelaska­n penganjura­n Piala Cabaran itu dapat menyaksika­n pasukan mengharung­i lebih banyak perlawanan, sekali gus membantu perkembang­an pasukan dan pemain masing-masing.

“Salah satu tujuan kami memperkena­lkan cabaran ini adalah untuk memperbany­akkan lagi jumlah perlawanan kerana jika pasukan sekadar beraksi sekitar 22 perlawanan sepanjang musim, ia situasi yang tidak sihat.

“Jadi, kami cuba untuk mencapai sekurang-kurangnya lebih 30 perlawanan bagi setiap pasukan dalam semusim dan walaupun saingan liga sudah berakhir dan ada pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia, mereka masih boleh mendapatka­n aksi kompetitif kerana saingan ini berjalan serentak dengan Piala Malaysia,” katanya.

 ??  ?? KEVIN
KEVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia