Harian Metro

INSPIRASI KEPADA ORANG LAIN

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Tubuhnya yang berisi tidak pernah menjadi halangan kepada Dottie, 29, untuk meneruskan kerjaya lakonan, malah tiada langsung diskrimina­si terhadapny­a.

Dia juga tidak pernah berasa rendah diri kerana penggiat seni tanah air dan peminat kini lebih bersikap terbuka.

Bagi Dottie, bakat lakonan lebih penting berbanding fizikalnya.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Syuhaida Ab Razak ini, ada yang mahu dia mengekalka­n tubuhnya sebegitu, namun demi kesihatan dia bercadang mengurangk­an berat badan.

“Dengan pelbagai genre drama yang diterbitka­n, lebih banyak watak ‘tercipta’ dan ia bukan lagi tertumpu kepada pelakon bertubuh langsing saja. Lagipun, semua orang tahu sejak awal pembabitan dalam dunia lakonan menerusi drama Dottie tujuh tahun lalu sehingga nama judulnya terus melekat pada saya, saya memang bertubuh gempal.

“Secara tidak langsung dengan peluang lakonan yang terbuka luas untuk saya turut memberi inspirasi kepada mereka bertubuh gempal untuk menceburi dunia lakonan,” katanya. Nama penyampai radio,

Lin Ariffin mungkin masih baru dalam industri hiburan tempatan.

Namun, penyampai stesen radio baru, Zayan ini bukanlah baru setahun jagung pengalaman­nya.

Bermula sebagai pembaca berita Buletin Pagi di TV3,

Lin atau nama sebenarnya

Siti Amalina Ariffin mula mengukir nama dalam bidang pengacaraa­n menerusi program Bismillah Ad-Dhuha.

Selesa mengorak langkah dalam program berbentuk kerohanian dan positif, Lin yang juga peka mengenai fesyen ini punya beberapa matlamat yang ingin digapainya.

“Mungkin, apabila seseorang personalit­i mula menjengah ke dalam bidang yang menjurus ke arah keagamaan, ada sesetengah pihak akan meletakkan label personalit­i itu bersifat Islamik.

“Bagi saya, ada beberapa faedah buat diri saya secara peribadi. Bak kata pepatah, ‘sambil menyelam minum air’. Selain menghibur, secara tak langsung saya kongsi dan sampaikan mesej positif kepada pendengar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia