Harian Metro

Azam kurangkan berat badan

- DARI MUKA 1

Namun, tahun depan Dottie merancang mengurangk­an beratnya atas faktor kesihatan.

“Sebelum berkahwin setahun lalu berat saya sekitar 86 kilogram tetapi sekarang bertambah empat kilogram. Alhamdulil­lah, saya sihat tetapi lebih baik ambil langkah berjaga-jaga.

“Tahun depan juga saya sudah bersedia menerima kedatangan ahli keluarga baru dalam rumah tangga jadi lebih baik saya menjaga kesihatan dari sekarang.

“Tiada desakan daripada suami atau kedua-dua keluarga kami dalam soal anak tetapi pasangan suami isteri mana yang tidak mahukan cahaya mata?,” katanya.

Dottie mendirikan rumah tangga dengan Haffis Abu Hassan,

28, pada 25 Disember tahun lalu dan mereka kini tinggal bersama keluarga Haffis di Dengkil, Selangor.

“Syukur keluarga mentua memahami kerjaya saya sebagai pelakon yang kerja tidak tentu masa. Suami juga mengizinka­n namun dia tidak begitu suka menonjolka­n diri.

“Saya juga selesa begitu kerana kami tidak mencampura­dukkan urusan rumah tangga dengan kerjaya. Apa yang penting kami saling memahami dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, sekian lama nama Dottie melekat padanya, kini selepas dia berlakon dalam drama Titian Cinta menjadi rakan karib kepada watak utama, Aisy (lakonan Farah Nabilah) yang bernama Sakeena, sekarang ada peminat yang memanggil dengan nama itu pula.

“Nampaknya kekuatan watak Sakeena hampir mengulangi kejayaan saya membawa watak Dottie,” katanya.

Sepanjang bulan ini, belum ada tawaran baru yang datang, jadi dia menghabisk­an masanya berehat dan berharap peluang berlakon kembali rancak menjelang 2018.

Jika dalam drama dia boleh melakukan watak komedi dengan baik, Dottie mengakui kelemahann­ya tidak boleh beraksi secara spontan di pentas kerana dia ‘takut’ dan gementar membuat persembaha­n secara langsung.

Dalam pada itu Dottie juga berhasrat mencuba menjadi pengacara majlis dan penyanyi.

“Saya nak cuba rakam satu single dulu, lihat macam mana sambutan pendengar,” katanya. -Nor Akmar Samudin

Dottie juga

sudah bersedia menerima kedatangan ahli keluarga baru pada

2018

 ??  ?? Tiada desakan daripada suami atau keduadua keluarga kami dalam soal anak tetapi pasangan suami isteri mana yang tidak mahukan cahaya mata
Tiada desakan daripada suami atau keduadua keluarga kami dalam soal anak tetapi pasangan suami isteri mana yang tidak mahukan cahaya mata
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia