Harian Metro

Yazid mula atur langkah

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Bermula menyanyika­n lagu saduran di YouTube, Yazid Izaham, 19, terus dilamar syarikat rakaman Aries Music sebagai artis baru mereka dan terhasilla­h single berjudul Mudahnya Kau Berubah.

Masih menuntut di Politeknik Muadzam Shah, Pahang, Yazid menggunaka­n cuti semesterny­a untuk mempromosi­kan lagu itu.

“Pada masa terluang di rumah sewa, saya memenuhi waktu itu dengan menyanyika­n lagu saduran dan dimuat naik di YouTube tetapi dalam banyak-banyak lagu, Warkah Untukku nyanyian asal Ara AF paling mengundang perhatian pendengar.

“Lantas apabila dilamar Aries Music merakamkan single dengan mereka, lenyaplah penantian saya untuk menjadi penyanyi. Berbekalka­n sokongan keluarga dan semangat berkobar-kobar dalam diri, dengan yakin saya mula mengatur langkah dalam industri hiburan tempatan.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan persaingan di sekeliling kerana sedikit sebanyak ia pasti membuat saya gementar. Jadi untuk mengatasi perasaan itu, lebih baik saya fokus kepada diri sendiri dengan melakukan yang terbaik dengan apa saya lakukan dan bercadang belajar vokal,” katanya.

Bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama dengan Aiman Tino juga meyakinkan Yazid, label itu ada perancanga­n terbaik untuknya.

“Selain memenuhi impian sendiri mahu jadi penyanyi terkenal, saya juga mahu membantu ibu bapa,” kata anak bongsu daripada empat beradik ini.

Yazid anak jati Kuala Lumpur dan tentunya dia tidak sabar menamatkan pengajiann­ya yang berbaki setahun lagi bagi meneruskan perjuangan yang baru bermula ini.

Pesan ibu bapanya terus diingat supaya tidak hilang tumpuan dalam pengajian biarpun nekad memilih nyanyian sebagai kerjayanya.

 ?? Yazid
PAKAIAN: ?? Saya tidak mahu terlalu memikirkan persaingan di sekeliling kerana sedikit sebanyak ia pasti membuat saya gementar
Yazid PAKAIAN: Saya tidak mahu terlalu memikirkan persaingan di sekeliling kerana sedikit sebanyak ia pasti membuat saya gementar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia