Harian Metro

Tayangan eksklusif percuma

- Michelle Gun michellegu n@ hmetro.com.my

TGV Cinemas ambil inspirasi tempat bersantai golongan berada dalam Star Wars: The Last Jedi

Bersempena tayangan Star Wars: The Last Jedi di seluruh negara mulai 14 Disember lalu, pawagam TGV Cinemas menganjurk­an tontonan eksklusif bersama peminat filem itu di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Acara itu berlangsun­g sehari sebelum tayangan

Star Wars: The Last Jedi dan peminat yang hadir turut berpeluang menikmati acara di ruang Lightspeed Lounge.

Turut hadir ahli MovieClub TGV Cinemas terpilih, rakan niaga, tetamu VIP, media dan selebriti.

Pameran diinspiras­ikan daripada Canto Bight iaitu tempat bersantai golongan berada dalam filem Star Wars: The Last Jedi.

Selain itu, acara berkenaan dimeriahka­n dengan peragaan fesyen bertemakan Star Wars, persembaha­n string kuartet, perlawanan­an Lightsaber dan permainan PlayStatio­n VR.

Orang ramai masih boleh merasai kemeriahan Lightspeed Lounge TGV Cinemas yang akan dibuka sehingga Ahad ini.

Sementara itu, pembelian minimum empat tiket IMAX menyaksika­n Star Wars:

The Last Jedi melayakkan penonton menyertai peraduan untuk memenangi edisi terhad patung Funko Pop Star Wars.

Teater TGV IMAX memberi pengalaman menyaksika­n wayang hebat dengan menyediaka­n visual dan audio berkualiti tinggi serta tempat duduk alastadium.

Maklumat lanjut boleh melayari www.tgv.com.my.

 ??  ?? ACARA berkenaan dimeriahka­n dengan peragaan fesyen bertemakan Star Wars.
ACARA berkenaan dimeriahka­n dengan peragaan fesyen bertemakan Star Wars.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia