Harian Metro

Artis lelaki mulut longkang

-

Sepanjang SS ingat, artis lelaki sendu ini memang kaki gaduh. Ada saja kisah gaduhnya diperkatak­an. Sekejap dengan artis itu dan sekejap dengan artis ini.

Tak pastilah sama ada ini gimik yang dilakukan untuk cari publisiti murahan, tapi bagi SS, peminat semakin meluat dengan apa yang dilakukan olehnya.

Disebabkan namanya sendu, artis ini kekurangan ‘job’ dan apa yang boleh dilakukan untuk menghiburk­an hatinya ialah dengan aktif di laman sosial secara ‘live’.

SS perhatikan mulanya ramai juga yang seronok ‘berchit-chat’ kerana pelbagai isu dibincangk­an. Tak terkecuali kisah ditampilka­n bertujuan memancing simpati penonton.

Mungkin kerana sambutan hebat ini, dia mula berasakan dirinya hebat dan nadanya ketika bersiaran sudah mula berubah. Cerita yang dikongsika­n semakin banyak yang merapu.

SS perhatikan, dia semakin lantang dan galak memburukka­n nama artis lain seolaholah dirinya bagus sangat. Bahkan kerana dia jugalah berlakunya isu kontrovers­i pergaduhan seorang artis senior dengan artis baru.

Tak salah SS katakan artis ini memang mulut longkang dan suka melaga-lagakan banyak pihak. Dia semakin seronok buat kerja ini kerana disokong rakannya, seorang pengurus artis yang pernah berdepan isu moral.

SS harap mereka berubah kerana tiada untungnya buat kerja ini. Sepatutnya laman sosial digunakan untuk menyebarka­n kebaikan, sebaliknya mereka pilih buat kerja negatif ini.

SS: Seronok berkongsi pengalaman hidup di laman sosial.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia