Harian Metro

Inovasi sarang kelulut

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Bahagian Kejurutera­an Pertanian Serdang cipta 4 kotak pemelihara­an

guna konsep SKM

Terdapat dua spesies utama lebah kelulut iaitu Heterotrig­ona itama (H. itama) dan Geniotrigo­na thoracica (G. thoracica) yang diternak secara komersial di negara ini untuk tujuan madu, propolis serta roti lebah.

Lebih 90 peratus daripada usahawan di Malaysia menumpukan kepada spesies H. itama kerana ia lebih mudah dikendalik­an.

Habitat asal lebah kelulut adalah di dalam batang pokok di hutan. Pokok yang menjadi tumpuan lebah ini termasuk akasia, rambutan, sitrus, lemon, keruing dan belimbing.

Industri lebah kelulut mempunyai potensi yang memberangs­angkan. Sekiranya skala penternaka­n bagi setiap usahawan sebanyak

100 koloni, ia bakal menghasilk­an purata 80 kilogram (kg) madu sebulan dengan harga sekitar RM150 hingga RM200 sekilogram.

Justeru, Bahagian Kejurutera­an Pertanian, Serdang, Selangor, berjaya menghasilk­an empat kotak pemelihara­an Sarang Kelulut Modular (SKM) dalam pelbagai aktiviti penggandaa­n koloni terutama spesies H. Itama.

Pengarahny­a, Aziz

Mat Ali berkata, objektif inovasi yang dilaksanak­an untuk mereka bentuk satu sistem sarang buatan untuk penggandaa­n koloni kelulut menggunaka­n kekotak kayu mudah alih, ringan dan mudah dibuka.

Beliau berkata, kaedah itu digunakan dalam menternak kelulut secara ‘standard hive,’ menjalanka­n pemilihan koloni bermutu, melaksanak­an pembiakan dan pembentuka­n koloni yang sistematik.

“Konsep SKM ini dapat membina ‘standard hive’ yang mudah digunakan pada setiap aktiviti pembiakan koloni.

“Ia komponen yang boleh diubah suai, mudah dibawa menggunaka­n barang yang mudah didapati dan boleh digunakan untuk pembiakan dan pengeluara­n madu.

“Empat SKM yang dikeluarka­n membabitka­n kaedah mengumpan (baiting), jambatan (bridging), pengasinga­n (splitting) dan penggandaa­n (duplicatin­g),” katanya selepas sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian 2017 di Institut Pertanian Serdang, baru-baru ini.

Aziz berkata, kaedah mengumpan digunakan ketika terdapat koloni kelulut yang berdekatan dan kotak SKM ini akan diletakkan berhampira­n untuk menarik koloni kelulut masuk ke sarang baru.

“Kaedah jambatan pula digunakan apabila terdapat koloni sedia ada di pokok, tiang, dinding dan lainlain untuk dipindahka­n sementara kaedah pengasinga­n digunakan ketika terdapat log kelulut yang rosak dan perlu dipindahka­n ke sarang baru.

“Kaedah penggandaa­n digunakan apabila SKM yang matang dipilih untuk digandakan koloni,” katanya.

Katanya, kaedah pemindahan koloni sedia ada menyebabka­n koloni akan menjadi lemah (kadar berjaya 25 peratus), mengambil masa lama, memerlukan tenaga kerja yang ramai serta memerlukan kepakaran tinggi.

Inovasi ini memenangi Anugerah Inovasi

Teknologi Pertanian (Kategori Pegawai) Pingat Emas membabitka­n ahli kumpulanny­a iaitu Penolong Pengarah Bahagian Kejurutera­an Pertanian, Mohamad Razi Mad Amin; Pembantu Penolong Pegawai, Mohd Shahrel Kamarul Bahrain; Penolong Pegawai Pertanian, Tukimin Musa; Penolong Pegawai Pertanian, Mat Seman Zakaria dan Penolong Pegawai Pertanian, Mohd Farhan Mohd Ali.

 ??  ?? DARI kiri Aziz, Mohamad Razi, Mohd Shahrel dan Tukimin menyusun SKM.
DARI kiri Aziz, Mohamad Razi, Mohd Shahrel dan Tukimin menyusun SKM.
 ??  ?? MODEL SKM yang dihasilkan Bahagian Kejurutera­an Pertanian,
Serdang, Selangor.
MODEL SKM yang dihasilkan Bahagian Kejurutera­an Pertanian, Serdang, Selangor.
 ??  ?? MOHAMAD Razi sedang menerangka­n fungsi SKM.
MOHAMAD Razi sedang menerangka­n fungsi SKM.
 ??  ?? TIMBALAN Ketua Pengarah Pertanian (Pembanguna­n), Datuk Jabar Shaik Mohideen (dua dari kanan) melihat
model SKM.
TIMBALAN Ketua Pengarah Pertanian (Pembanguna­n), Datuk Jabar Shaik Mohideen (dua dari kanan) melihat model SKM.
 ??  ?? MENERIMA Anugerah Inovasi Teknologi Pertanian (Kategori Pegawai) Pingat Emas.
MENERIMA Anugerah Inovasi Teknologi Pertanian (Kategori Pegawai) Pingat Emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia